FacebookInstagramTwitterContact

 

Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>           Formula E: The World's Fastest Electric Vehicles Could Spark Widespread Innovation           >>           Attractive Raya Envelopes           >>           Man United Should Rebuild In The Way Arsenal Have – Mata           >>           Books by Local Writers           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peruntukan RKN 11 merangkumi pembangunan infrastruktur dan penyelidikan


MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong

 


 March 20th, 2018  |  11:35 AM  |   1459 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Peruntukan di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) 11 pada umumnya adalah termasuk untuk pembangunan infrastruktur asas bagi ladang-ladang seperti jalan-jalan ladang, parit-parit, bekalan air, termasuk projek pencegahan banjir, bekalan eletrik dan lain-lain.

 

Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong menjelaskan perkara itu bagi menjawap persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad mengenai kegunaan bajet yang diberikan RKN11 menerangkan bahawa peruntukan di bawah Kemajuan atau RKN sama ada peruntukan yang disediakan untuk tahun 2018/2019 atau harga rancangan sepanjang tempoh RKN 11.

 

Selain dari itu, jelas Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, khusus bagi sektor tanaman sayur-sayuran ianya juga digunakan untuk menyediakan keperluan-keperluan Makmal Sains Tanah dan Nutrient Tanaman, antaranya Kalibrasi mesin; Pre-assessment dan Assessment; Ujian Proficiency, Audit dan Penilaian; Penilaian oleh Badan Akreditasi ISO/IEC 17025 Accreditation; Tambahan Ujian Analisa dan Program Competent Laboratory & Competency Training.

 

Keperluan lain juga seperti program mendapatkan Pengiktirafan ISO 17025 Makmal-Makmal  Perlindungan Tanaman Mendokong Pasaran Eksport.  Antaranya adalah untuk memperbaiki dan menarik-taraf infrastruktur bangunan bagi Makmal Musuh Tanaman dan Makmal Penyakit Tanaman; pembelian peralatan makmal bagi kerja-kerja diagnostik dan pengenalpastian musuh perosak dan penyakit tanaman, dan juga kerja-kerja penyelidikan musuh perosak dan penyakit tanaman sayur dan pembelian bahan-bahan kimia makmal bagi kerja-kerja diagnostik dan pengenalpastian, serta bagi penyelidikan tanaman sayur-sayuran.

 

Di samping itu juga program Persediaan Untuk Mendapatkan Pengiktirafan ISO 17025 Makmal-Makmal Analisa Hasil Segar Dalam Memenuhi Kriteria Pasaran Eksport Industri Tanaman, antaranya termasuk penyediaan fasiliti Makmal Mikrobiologi di Blok Pentadbiran Bahagian Industri Agrimakanan, Sinaut; Khidmat pakar perunding dalam pemeriksaan awal bagi menepati keperluan skim akreditasi makmal ISO 17025; Perbelanjaan inter-laboratories proficiency testing; serta perbelanjaan pengiktirafan makmal Akreditasi ISO 17025 termasuk bayaran penyertaan dan pengauditian.

 

Mengenai sektor ternakan pula, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan seterusnya menerangkan, harga rancangan yang diperuntukan sebanyak BND27 juta.

 

Projek-projek yang katanya, akan dikendalikan termasuk melaksanakan Program Pusat Penyelidikan, Pengenalan dan Rujukan Bagi Penyakit Ternakan Di Brunei Agriculture Research Centre (BARC), Kilanas iaitu termasuk bagi meningkatkan keupayaan pusat yang ada sekarang di dalam memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan dalam membantu para pengusaha ternakan supaya lebih kompetitif seperti penyediaan struktur dan pelan kompleks, penyediaan infrastruktur asas, dan pembinaan bangunan Pusat Penyelidikan, Penganalisaan dan Rujukan dan peralatan-peralatan yang diperlukan.

 

Selain itu, jelas Yang Berhormat lagi melaksanakan Program Pengisytiharan Status Bebas Penyakit ke Arah Memudahcara Eksport bagi Industri Ternakan iaitu termasuk meningkatkan keupayaan ke arah berperanan menjadi competent authority dalam memberikan khidmat pakar dan nasihat ke arah memudahcara eksport seperti projek pelaksanaan Active Surveillance, projek pengesanan Salmonella, projek pemeriksaan saringan inovatif ubat-ubatan veterinary, program peningkatan ujian-ujian makmal dokongan, dan projek peningkatan kaedah pemeriksaan molecular.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10