Home > Breaking News
Brunei DPMM FC Menang 4 – 1
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan be
April 18th, 2018 | 08:55 AM |
1397 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dalam keadaan padang lembap berikutan hujan turun, bukan penghalang untuk pasukan Brunei DPMM FC beraksi cemerlang bagi mematahkan harapan Geylang International FC pada edisi perlawanan malam ini dalam Liga Perdana Singapura yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.
Berangkat untuk memberikan sokongan padu bersama para penyokong pasukan kebanggaan kita, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
Juga berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.
Aksi skuad negara DPMM FC yang mula menggegarkan gawang pasukan pelawat itu akhirnya bolos di minit ke-11 menerusi tendangan Adi Said.
Namun Geylang International FC merapati jurang apabila tendangan bola terkena Muhammad Noor Ariff di minit 20 sekali gus menjadikan kedudukan seri 1 - 1.
Semangat juang yang begitu kental Brunei DPMM FC tidak mahu mengalah, akhirnya terbukti apabila tandukan pemain import Mojtaba Mollasaraei menghadiahkan gol kedua selang tiga minit kemudian menjadikan kedudukan 2 - 1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Permainan di babak kedua saat baru bermula terpaksa dihentikan selama 30 minit berikutan cuaca yang tidak begitu mengizinkan.
Sejurus perlawanan dimulakan, gawang pasukan pelawat terus digasak Brunei DPMM FC dengan menyumbat satu gol di minit 53 melalui jersi 10, Volodymyr Pryiomov yang juga menambah gol keempat skuad negara menerusi tandukannya dua minit selepas itu.
Kemenangan 4 - 1 malam itu menebus kekalahan menentang Albirex Niigata (S) pada perlawanan lalu.
Apa yang diharapkan skuad negara Brunei DPMM FC akan terus meraih kemenangan pada perlawanan yang akan datang, sekali gus mengulangi takhta juara yang dijulang pada tahun 2015 lalu.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]