FacebookInstagramTwitterContact

 

'Operasi Kabat'           >>           Price Control Act           >>           Blood Donation Campaigns           >>           Weather Conditions Forecast To Be Active Starting Tomorrow           >>           Prevention of Corruption Act           >>           Opening of ADGSOM-ATRC JWG Meeting           >>           AI Guide Workshop for School Tool Kits Launching Ceremony           >>           Technical Forum on Managing Contaminated Land           >>           Opening Ceremony of Youth Cultural Forum           >>           Dialogue Session           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perkhidmatan Pemandu Pelancong Tanpa Lesen Sah Boleh Didenda


.

 


 May 7th, 2018  |  12:36 PM  |   303 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah mengadakan taklimat mengenai Perintah Pelancongan, 2016 dan kursus asas pemandu pelancong iaitu 'Basic Tourist Guide Course' bertempat di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

 

Seramai 50 pemandu pelancong menghadiri taklimat tersebut yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Pematuhan dan Standard, Dayang Malati Haji Abdul Ghani; Pegawai Pelancongan daripada Jabatan Kemajuan Pelancongan, Dayang Hajah Nur Fariza Munyati Haji Abdul Aji dan Ketua Jabatan Bisnes dan Hospitaliti, Laksamana College of Business (LCB), Awang Simon Keenan.

 

Pada taklimat tersebut, setiap pemandu pelancong ditekankan untuk mematuhi perintah pelancongan Seksyen 20, Perintah Pelancongan, 2016 iaitu bagi memastikan mana-mana individu yang memberikan perkhidmatan pemandu pelancong hendaklah terlebih dahulu mendapatkan lesen pemandu pelancong yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan.

 

Setiap permohonan untuk mendapatkan lesen ini hendaklah menjalani latihan kursus asas pemandu pelancong dan lulus peperiksaan kursus asas pemandu pelancong tersebut melalui mana-mana pihak yang telah dilantik dan diberi kebenaran oleh pihak Kerajaan bagi memastikan kualiti dan kompetensi setiap pemandu pelancong selaras mengikut standard yang telah ditetapkan serta menyelaras maklumat atau informasi yang disalurkan oleh setiap pemandu pelancong, sebagai pra-syarat bagi permohonan Lesen Pemandu Pelancong yang digariskan di dalam undang-undang yang baru iaitu Perintah Pelancongan, 2016 sebagai langkah kawalan Jabatan Kemajuan Pelancongan dalam memantau dan menguatkuasakan ke atas perkhidmatan tersebut.

 

Mana-mana pihak atau individu yang mengendalikan perkhidmatan pemandu pelancong tanpa lesen yang sah boleh dikenakan denda mengikut seksyen 21 di bawah Perintah Pelancongan, 2016 iaitu bagi kesalahan pertama, denda tidak melebihi BND5,000 dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya, denda akan dikenakan tidak melebihi BND10,000.

 

Bagi pemandu pelancong yang telah lulus kursus asas pemandu pelancong, bolehlah menghadapkan permohonan ke Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi mendapatkan Lesen Pemandu Pelancong sebelum memberikan perkhidmatan pemandu pelancong.

 

Sesi taklimat juga diselajurkan dengan penerangan ringkas mengenai kursus asas pemandu pelancong dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Pelancongan dan Laksamana College of Business (LCB) yang akan diadakan selama dua minggu bermula pada 25 Jun sehingga 7 Julai 2018.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China Space Probe Returns With Rare Moon Rocks

 2024-06-26 00:49:22

HSBC Joins UK Banks In Cutting Mortgage Rates

 2024-06-26 00:15:18