Home > Bahasa Melayu
43 Penduduk Kurang Berkemampuan Terima Bantuan Barangan Asasi
PENOLONG Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Muhammad Yassin Haji Ahmad semasa menyampaikan beg sumbangan kepada para penerima.
May 7th, 2018 | 13:00 PM | 905 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai 43 penduduk kampung iaitu tujuh anak yatim, 20 ibu tunggal yang tidak menpunyai pendapatan dan pekerjaan serta 16 kurang berkemampuan menerima sumbangan Lotus Light Charity Society Negara Brunei Darussalam hari ini.
Penyampaian bantuan termasuk barangan asasi itu berlangsung di kediaman Ketua Kampung Belimbing, Awang Haji Gapor @ Haji Md. Daud bin Karim.
Hadir selalu tetamu kehormat majlis ialah Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Muhammad Yassin Haji Ahmad.
Juga hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis selaku Penghulu Mukim Kota Batu dan Pengerusi Lotus Light Charity Society Negara Brunei Darussalam, Yeo Tiong Lok serta ahli-ahli MPK berkenaan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti Doa Selamat yang dipimpin oleh Awang Muhammad bin Ali.
Setentunya, para penerima bantuan amat bersyukur sekali kerana adanya pihak-pihak berkenaan begitu dermawan dan sumbangan itu amat bermakna bagi mereka.
Program tahunan yang dikendalikan dengan kolaborasi Lotus Light Charity Society Negara Brunei Darussalam dan MPK itu untuk memupuk sikap prihatin dan pemedulian terhadap mereka yang amat memerlukan perhatian.
Selain itu bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung lebih-lebih lagi dalam persiapan menyambut Ramadan al-Mubarak yang bakal tiba.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]