Home > Bahasa Melayu
Mantan Penghuni Asrama Maktab SOAS Meriahkan Hari Keluarga
ANTARA aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan sempena Sambutan Hari Keluarga
May 7th, 2018 | 13:15 PM | 863 views
PARIT
Lebih 100 orang mantan penghuni asrama Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien dari tahun 60an sehingga awal 80an hadir memeriahkan lagi Hari Keluarga bersempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan pada tahun ini.
Aktiviti yang melibatkan kekeluargaan itu berlangsung di Taman Peranginan Kampung Parit di sini yang julung kali diadakan.
Antara yang hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Haji Sabli bin Haji Arshad, dan mantan Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Abdul Rahman bin Haji Johan.
Penyelaras acara bersama, Awang Haji Ismail bin Haji Yusof semasa ditemui berkata inisiatif tersebut selain mengeratkan silaturahim dan melahirkan suasana keluarga yang harmoni dan ceria bersama para ahli keluarga sesama mereka.
Aktiviti kekeluargaan itu seharusnya dikekalkan dan dari itu bekas-bekas penghuni asrama Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien selalu mengadakan muzakarah dan perjumpaan sehingga membentuk jalinan yang mesra dan baik.
Sambutan Hari Keluarga pada hujung minggu itu sangat meriah dengan pelbagai aktiviti antaranya senamrobik, permainan seperti boling kelapa, menebar rambat, lompat guni, tarik kalat dan bermacam lagi termasuk cabutan angka bertuah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]