Home > Bahasa Melayu
Rukyah Anak Bulan Ramadan 15 Mei
May 9th, 2018 | 09:30 AM |
2509 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sebanyak lima lokasi telah dipilih bagi penglihatan anak bulan Ramadan Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi seluruh negara pada petang Selasa, 29 Syaaban 1439 bersamaan 15 Mei 2018.
Hakim-Hakim Syar'ie dan pegawai-pegawai Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan, JPM akan berada di lima lokasi yang telah ditetapkan untuk merukyah (melihat anak bulan Ramadan 1439 Hijrah).
Lokasi tersebut ialah Menara DST, Bangunan DST Headquarters, Lebuhraya Tungku, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Agok, Jerudong, Daerah Brunei dan Muara; Tanjung Batu, Pekan Muara, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Lumut, Daerah Belait dan Bukit Amboq, Daerah Tutong.
Sehubungan dengan itu, pengumuman satu Ramadan (awal puasa Ramadan bagi Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi) akan disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei (RTB) sebaik-baik sahaja rukyah pada petang Selasa, 29 Syaaban 1439H bersamaan 15 Mei 2018M itu diperolehi melalui pemakluman yang dilakukan melalui siaran RTB.
Orang ramai adalah diminta memberikan kerjasama supaya tidak mendekati tempat-tempat tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]