FacebookInstagramTwitterContact

 

'Operasi Kabat'           >>           Price Control Act           >>           Blood Donation Campaigns           >>           Weather Conditions Forecast To Be Active Starting Tomorrow           >>           Prevention of Corruption Act           >>           Opening of ADGSOM-ATRC JWG Meeting           >>           AI Guide Workshop for School Tool Kits Launching Ceremony           >>           Technical Forum on Managing Contaminated Land           >>           Opening Ceremony of Youth Cultural Forum           >>           Dialogue Session           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


23 Pain Darah Berjaya Dikumpul


SUASANA Kempen Derma Darah sempena memperingati penubuhan Ma'had Islam Brunei.

 


 May 9th, 2018  |  09:39 AM  |   454 views

TUTONG

 

Sebanyak 23 pain darah berjaya dikumpulkan pada Kempen Derma Darah sempena memperingati penubuhan Ma'had Islam Brunei yang diadakan di ruang legar maktab tersebut.

 

Timbalan Pengetua Pentadbir Ma'had Islam Brunei, Awang Zaidi bin Mohidin semasa ditemui menjelaskan, kempen tersebut juga merupakan salah satu projek tahunan Ma'had Islam Brunei.

 

''Pada tahun ini, kami menjemput beberapa buah jabatan kerajaan di Daerah Tutong, antaranya Jabatan Pengajian Islam, Jabatan Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong dan NGOs di daerah ini iaitu Persatuan KEKAL, Persatuan Bulan Sabit Merah dan juga dibukakan kepada orang ramai untuk sama-sama berkempen derma darah,'' ujarnya.

 

Menyentuh mengenai objektif kempen tersebut jelasnya, sebagai salah satu amal jariah warga Ma'had Islam Brunei, ia diharap dapat membantu orang-orang yang memerlukan darah di saat-saat kecemasan, di samping sebagai mengeratkan tali silaturahim warga maktab dengan masyarakat luar, yang sama-sama hadir  menderma darah hari ini.

 

Salah seorang penderma darah, Guru Kanan Kokurikulum Ma'had Islam Brunei, Awang Ariffin Haji Hamid berkata, beliau bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala kerana diberi kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat menerusi Kempen Derma Darah.

 

Di dalam Islam katanya, kita sebagai umat Islam telah dididik dan digaris pandukan bahawa kita sebagai Muslim adalah bertanggungjawab untuk sama-sama memastikan kebajikan dan kemaslahatan pada semua secara umumnya.

 

Oleh yang demikian, tambahnya, dalam menderma darah ini, ia juga merupakan perbuatan  atau perkara yang sangat berkebajikan, kerana dapat membantu orang lain yang memerlukan seperti yang kita maklum bahawa satu pain darah itu boleh membantu tiga orang.  

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China Space Probe Returns With Rare Moon Rocks

 2024-06-26 00:49:22

HSBC Joins UK Banks In Cutting Mortgage Rates

 2024-06-26 00:15:18