FacebookInstagramTwitterContact

 

'Operasi Kabat'           >>           Price Control Act           >>           Blood Donation Campaigns           >>           Weather Conditions Forecast To Be Active Starting Tomorrow           >>           Prevention of Corruption Act           >>           Opening of ADGSOM-ATRC JWG Meeting           >>           AI Guide Workshop for School Tool Kits Launching Ceremony           >>           Technical Forum on Managing Contaminated Land           >>           Opening Ceremony of Youth Cultural Forum           >>           Dialogue Session           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peserta PMB hadiri Taklimat Wawasan Brunei 2035


PARA peserta Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) mendengar taklimat yang disampaikan.

 


 May 9th, 2018  |  10:51 AM  |   496 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menjelang 2035, Negara Brunei Darussalam akan dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan tinggi, berkemahiran tinggi dan berjaya.

 

Ia dinilai dengan cara mengukur dengan taraf-taraf antarabangsa yang tertinggi.

 

Perkara itu antara yang digariskan dalam Taklimat Wawasan Brunei 2035, yang disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Awang Nazdeny Ardian bin Haji Johan dari Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035 di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) bagi Kampung Penanjong bertempat di Mini Teater, Bangunan JPM, di sini.

 

Jelasnya, matlamat negara juga ingin mencapai kualiti kehidupan rakyat yang tinggi, di samping mencapai ekonomi yang dinamik dan berdayatahan.

 

Selain itu, beliau menerangkan mengenai rangka kerja wawasan yang dihasilkan bagi mengurus dan memantau agenda pembangunan negara.

 

Seramai 29 orang menyertai program berkenaan terdiri daripada Ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) dan penduduk Kampung Penanjong, di mana ia diakhiri dengan sesi soal jawab.

 

Salah seorang peserta, Awang Ahmadbi bin Haji Othman semasa ditemu bual PELITA BRUNEI berkata, taklimat itu banyak memberi maklumat dan pengetahuan yang boleh difahami.

 

Tambahnya, peserta dapat memahami apa sebenarnya Wawasan 2035, di samping mengetahui sejauh mana strategi-strategi yang diatur dan menghala pada wawasan berkenaan.

 

Tujuan program tersebut adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan membarigakan lagi perkembangan serta usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat seperti melalui taklimat-taklimat serta lawatan-lawatan.

 

Program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan melalui Jawatankuasa PMB bagi Kampung Penanjong selama dua hari itu, diharap dapat mengukuhkan jati diri, di samping menyuntik semangat dalam terus memberikan kerjasama mendukung aspirasi negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China Space Probe Returns With Rare Moon Rocks

 2024-06-26 00:49:22

HSBC Joins UK Banks In Cutting Mortgage Rates

 2024-06-26 00:15:18