FacebookInstagramTwitterContact

 

Bridge Closure           >>           Signage Installation Works           >>           Landslide Caution           >>           Re-verification and Calibration Accuracy Reading           >>           History Oratory Competition           >>           Pentas’24 Programme Visit           >>           Belait District Flag Hoisting Ceremony           >>           Flag Hoisting Ceremony           >>           Textile Exhibition           >>           Reception Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


AASAM 2018 - TDDB Kutip Dua Pingat


PASUKAN penembak TDDB, Lans Korporal Mohd Erwan bin Mohd Hilmi mengutip pingat perak bagi perlawanan 41 GPMG, manakala Lans Korporal Eddy Kasuma bin Awg Omar meraih pingat gangsa pada perlawanan Pistol 35.

 


 May 12th, 2018  |  08:28 AM  |   1245 views

PUCKAPUNYAL, AUSTRALIA

 

Diadakan setiap tahun oleh Tentera Darat Australia, Kejohanan Menembak Australian Army Skill At Arms Meet 2018 (AASAM 2018) kali ke-12 bermula  16 April hingga 10 Mei 2018 bertempat di Combined Arms Training Centre (CATC), Kem Puckapunyal dengan disertai oleh sebanyak 18 buah negara.

 

Pasukan Penembak Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang terdiri daripada 14 anggota menyertai dalam tiga kategori perlawanan, iaitu General-Purpose Machine Gun (GPMG), Pistol dan juga Rifle. Pasukan TDDB telah memenangi sebanyak dua pingat dalam pertandingan tersebut.

 

 Lans Korporal Mohd. Erwan bin Mohd. Hilmi telah mengutip pingat perak bagi perlawanan 41 GPMG, manakala Lans Korporal Eddy Kasuma bin Awang Omar berjaya meraih pingat gangsa pada perlawanan Pistol 35.

 

Penembak terbaik bagi Pasukan TDDB telah diberikan kepada Korporal Md. Noor bin Haji Nordin.

 

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Director General Integrated Soldier Systems Branch, Brigedier Jeneral Simon Welsh, AM.

 

Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) muncul juara secara keseluruhan bagi AASAM kali ke-12 diikuti naib juara diraih oleh Tentera Darat Australia sementara tempat ketiga  dimenangi oleh Japan Ground Self-Defense Force.

 

AASAM merupakan acara kejohanan menembak yang disertai oleh tentera darat di seluruh dunia. Tentera darat yang menyertai pertandingan ini bersaing untuk mempamerkan kemahiran menembak mereka masing-masing. Kejohanan tersebut merupakan platform dalam meningkatkan interaksi profesional, tali persahabatan, serta menggalakkan suasana perlawanan yang sihat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Talks With The Taliban - No Women Allowed

 2024-07-03 00:56:49

Tesla Surprises With Better Than Expected Car Sales

 2024-07-03 00:30:09