Home > Bahasa Melayu
Harga Kejayaan Sukuk Al-Ijarah Siri Ke-157
May 12th, 2018 | 08:30 AM |
264 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) selaku ejen kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir pengeluaran Sukuk Al-Ijarah, dengan sukacitanya mengumumkan harga kejayaan pengeluaran bagi Sekuriti Sukuk Al-Ijarah jangka pendek yang ke-157.
Bagi siri ke-157, tarikh pengeluaran adalah pada 10 Mei 2018, sementara tarikh matang pada 9 Ogos 2018.
Manakala tenor adalah 91 hari dan kadar sewa pula 1.000 peratus
Dengan pengeluaran tersebut, Kerajaan Brunei setakat ini telah mengeluarkan lebih BND11.91 bilion nilai Sekuriti Sukuk Al-Ijarah jangka pendek, sejak tawaran pertama pada 6 April 2006, dan baki tertunggak pegangan jumlah Sukuk Kerajaan Brunei sehingga 10 Mei 2018 berjumlah BND332.4 juta.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]