Home > Bahasa Melayu
Program Pastabikul Al-Khairat Sempena Ramadan
SALAH seorang ketua keluarga menerima sumbangan sebagai persiapan menyambut Ramadan.
May 12th, 2018 | 08:32 AM |
356 views
TEMBURONG
Ahli Jawatankuasa Takmir bersama Ahli Jawatankuasa Belia dan Murid-Murid Kelas Al-Quran dan Mukadam Surau Kampung Piasau-Piasau menganjurkan Program Pastabikul Al-Khairat dengan mengendalikan kerja-kerja amal memungut sampah sarap di sekitar perkarangan rumah yang terpilih di kampung berkenaan.
Program juga diselajurkan dengan menghulurkan sumbangan kewangan serta keperluan dapur kepada Ketua Keluarga dua buah rumah di Kampung Piasau-Piasau sebagai persiapan menyambut Ramadan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]