Home > Bahasa Melayu
Gotong-Royong Bersihkan Tanah Perkuburan
KEMPEN gotong-royong membersihkan tanah perkuburan di kawasan Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Sungai Aing, Kampung Sungai Asam.
May 12th, 2018 | 08:52 AM |
539 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang bakal tiba aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan diungkayahkan oleh AJK MPK Kampung Burong Pingai Ayer dan Kampung Sungai Asam berserta AJK Takmir Masjid PDI Dato Imam Haji Abdul Mokti Kampung Burong Pingai Ayer.
Kempen gotong-royong membersihkan tanah perkuburan diadakan di kawasan Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Sungai Aing, Kampung Sungai Asam.
Aktiviti gotong-royong itu turut disertai oleh para belia dan penduduk kampung yang diketuai oleh Ketua Kampung Burong Pingai Ayer dan Kampung Sungai Asam, Awang Abdul Rahman bin Haji Omar.
Ia diadakan bagi mengeratkan silaturahim ke arah menjalinkan kerjasama yang lebih erat dalam hal ehwal kemasyarakatan serta berkebajikan bagi melaksanakan sumbangan tenaga dan amal jariah yang bermanfaat.
Majlis diakhiri dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah Sekampung yang diadakan di pekarangan rumah Awang Haji Usli bin Haji Hasim.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]