Home > Bahasa Melayu
Markas TDDB Bersihkan Tanah Perkuburan
ANTARA anggota Markas TDDB yang menyertai kempen membersikan tanah perkuburan tersebut.
May 12th, 2018 | 08:59 AM |
1296 views
TUTONG
Anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang terdiri daripada pegawai-pegawai serta anggota dari Markas TDDB mengadakan kempen membersihkan tanah perkuburan di Kampung Kupang, Tutong.
Turut serta semasa kempen tersebut ialah penduduk-penduduk Kampung Kupang.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin juga Tahlil beramai-ramai dan diikuti dengan bacaan Doa Arwah yang dibacakan oleh Kapten Haji Md. Alihassan bin Haji Japar.
Acara disusuli dengan membersihkan kubur secara bergotong-royong.
Kempen tersebut merupakan aktiviti tahunan TDDB sempena menjelangnya bulan Ramadan tidak lama lagi.
Ia juga bertujuan untuk meningkatkan lagi pembangunan kerohanian dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggota TDDB serta memupuk keinginan untuk berbakti dan menyumbang kepada masyarakat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]