Home > Bahasa Melayu
Program Bandarku Ceria Ditiadakan Sepanjang Ramadan
May 15th, 2018 | 00:55 AM |
499 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sempena bulan Ramadan yang mubarak ini adalah dimaklumkan bahawa Program Bandarku Ceria yang telah berjalan pada setiap hari Ahad bermula jam 6 hingga 10 pagi adalah ditiadakan buat sementara waktu sepanjang bulan Ramadan.
Program yang ditiadakan secara sementara adalah semua jenis aktiviti Bandarku Ceria serta gerai jualan di sepanjang Jalan Pemancha, Jalan Pretty, Jalan Roberts dan Jalan Sultan Omar 'Ali Saifuddien.
Sementara itu jalan-jalan yang kebiasaannya ditutup semasa Program Bandarku Ceria pada setiap hari Ahad akan dibuka seperti biasa.
Program Bandarku Ceria akan diadakan semula bermula 1 Julai Julai 2018.
Di kesempatan ini seluruh warga Bandarku Ceria ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang mubarak kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]