Home > Bahasa Melayu
Waktu Persekolahan Sepanjang Ramadan
May 15th, 2018 | 00:58 AM |
282 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Pendidikan dengan ini memaklumkan bahawa waktu-waktu persekolahan semasa bulan Ramadan bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah / maktab-maktab di seluruh negara bagi tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi adalah seperti berikut.
Waktu-waktu persekolahan bagi sekolah-sekolah rendah sesi pagi bermula dari jam 7.45 hingga 11.40 pagi dan sesi petang dari 12.00 tengah hari hingga 3.55 petang (bagi sekolah-sekolah yang mempunyai dua sesi).
Waktu-waktu persekolahan bagi sekolah-sekolah menengah / maktab bagi sesi pagi juga bermula 7.45 hingga 11:50 pagi dan sesi petang dari 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang (bagi sekolah-sekolah yang mempunyai dua sesi).
Turut dimaklumkan bahawa semua pelajar termasuk prasekolah di sekolah-sekolah rendah akan bersekolah semasa hari-hari persekolahan pada bulan Ramadan.
Walau bagaimanapun pelajar-pelajar prasekolah adalah diberikan kelonggaran waktu belajar mengikut budi bicara sekolah masing-masing.
Sesi persekolahan semasa bulan Ramadan akan bermula sejurus selepas cuti awal bulan Ramadan hingga 7 Jun 2018.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]