FacebookInstagramTwitterContact

 

Bridge Closure           >>           Signage Installation Works           >>           Landslide Caution           >>           Re-verification and Calibration Accuracy Reading           >>           History Oratory Competition           >>           Pentas’24 Programme Visit           >>           Belait District Flag Hoisting Ceremony           >>           Flag Hoisting Ceremony           >>           Textile Exhibition           >>           Reception Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dikenakan Denda Kompaun Mencemarkan Alam Sekitar


LONGOKAN sampah yang ditemuai di salah sebuah lokasi di negara ini dan telah dikenakan denda kompaun.

 


 May 15th, 2018  |  01:19 AM  |   1546 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bagi memastikan alam sekitar di kawasan kunjungan awam dan juga kawasan-kawasan perniagaan di negara ini sentiasa indah dan bersih.

 

Bahagian Penguatkuasa dari Jabatan-Jabatan Daerah dan Jabatan-Jabatan Bandaran seluruh negara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mengadakan Operasi Serentak bagi melaksanakan Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil Penggal 30 Bab 12 (1) di kawasan kawalan Jabatan-Jabatan Daerah dan Jabatan-Jabatan Bandaran seluruh negara.

 

Operasi melibatkan Agensi Penguatkuasa, iaitu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Daerah Brunei Dan Muara (JDBM); Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Daerah Belait; Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Daerah Tutong; Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Daerah Temburong; Bahagian Penguatkuasaan dan Undang-Undang, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan; Bahagian Penguatkuasaan dan Undang-Undang, Jabatan Bandaran Tutong; Bahagian Penguatkuasaan dan Undang-Undang, Jabatan Bandaran Seria dan Kuala Belait serta Jabatan Alam Sekitar dan Rekreasi Cawangan Daerah Tutong.

 

Hasil daripada operasi tersebut, seramai 15 individu telah dikenakan denda kompaun sebanyak BND100.00 setiap seorang atas kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil Penggal 30 Bab 12 (1) ceraian (a) iaitu membuang potong rokok dan sampah sarap di kawasan awam.

 

Lima belas (15) individu didenda di bawah Kesalahan 12 (1) (a) dengan jumlah denda BND100 setiap seorang yang terdiri dari empat warganegara Brunei, Pengiran Sabli bin Pengiran Haji Amin, Awang Julaihi bin Misir, Awang Mohamad Safwan bin Haji Awang Wardi dan Asri anak Anyut.

 

Dua warganegara Malaysia, Muhammad Fazlie bin Idrus dan Rantai anak Jaffery Augustus; Seorang warganegara India, Imtiyaz Ahmad; enam warganegara Indonesia, Muhammad Fuad Arifudin, Anika Yudi Handoko, Witono bin Juwadi, Imam Safi'i, Abu Yazid Albastomi, Pujiono; dan dua warganegara Bangladesh, Ruhul Amin dan Mohammad Motadbbir Hossain Late Fojor Ali.

 

Sementara itu tujuh buah syarikat juga dikenakan denda kompaun sebanyak BND200.00 dan BND500.00, mengikut kesalahan yang didapati di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil Penggal 30 Bab 12 (1) ceraian (a) (b) dan (e) kerana telah melonggokkan sampah sarap di kawasan tanah kerajaan dan kawasan awam serta membuang sisa-sisa minyak di tempat-tempat awam dan di kawasan-kawasan bangunan komersial dan perniagaan.

 

Individu dan syarikat ini telah diberikan tempoh tujuh hari untuk menjelaskan denda kompaun tersebut dan jika gagal menjelaskannya, tindakan undang-undang akan diambil ke atas individu dan syarikat berkenaan.

 

Manakala senarai syarikat yang dikenakan denda kompaun adalah Mum Bakery Cakes & House di Kompleks O.G. Tutong, di bawah kesalahan 12 (1) (e) dengan denda BND500; Aishaatika Minimart di Kampung Lumut Mukim Liang di bawah kesalahan 12 (1) (b) dengan jumlah denda BND200; Musbitha Sdn. Bhd. di Kampung Sabun di bawah kesalahan 12 (1) (a) dengan jumlah denda BND200; Inas Jaya Sdn. Bhd. di Kampung Sabun di bawah kesalahan 12 (1) (b) dengan jumlah denda BND200; Aizah Tailor di Lambak di bawah kesalahan 12 (1) (b) dengan jumlah denda BND200; Sinofood Express Seria (Burgerking) di Seria di bawah kesalahan 12 (1) (a) dengan jumlah denda BND200; dan Syarikat Rajiya Interior di Jalan Pandan di bawah kesalahan 12 (1) (a) dengan jumlah denda BND200.

 

Sehubungan itu, Bahagian Penguatkuasa dari Jabatan-Jabatan Daerah dan Jabatan-Jabatan Bandaran sekali lagi mengingatkan orang ramai dan pemilik syarikat-syarikat perniagaan, untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sifat bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

 

Sebarang aduan berhubung dengan kesalahan membuang sampah di kawasan awam dan kawasan perniagaan, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasa dari Jabatan-Jabatan Daerah dan Jabatan-Jabatan Bandaran seluruh negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Talks With The Taliban - No Women Allowed

 2024-07-03 00:56:49

Tesla Surprises With Better Than Expected Car Sales

 2024-07-03 00:30:09