FacebookInstagramTwitterContact

 

Bridge Closure           >>           Signage Installation Works           >>           Landslide Caution           >>           Re-verification and Calibration Accuracy Reading           >>           History Oratory Competition           >>           Pentas’24 Programme Visit           >>           Belait District Flag Hoisting Ceremony           >>           Flag Hoisting Ceremony           >>           Textile Exhibition           >>           Reception Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Muslimah Masjid Zainab Semarakkan Ketibaan Ramadan


ANTARA Muslimah Masjid Zainab yang hadir pada majlis tersebut.

 


 May 15th, 2018  |  01:42 AM  |   472 views

LUMUT

 

Muslimah Masjid Zainab, Lumut  mengadakan Majlis Membaca Yassin, Tahlil dan Doa Arwah sempena ketibaan bulan Ramadan di Dewan Masjid Zainab.

 

Majlis dipimpin oleh Dayang Shamsiah binti Haji Abdul Wahid, sementara Doa dibaca oleh Ketua Muslimah, Dayang Hajah Ainah binti Haji Suhaili.

 

Ia dihadiri oleh kira-kira 30 Muslimah yang terdiri daripada penduduk Kampung Lumut dan sekitarnya.

 

Menerusi temu bual Pelita Brunei bersama Guru Muslimah, Dayang Shamsiah binti Haji Wahid berkata, aktiviti Muslimah Masjid Zainab akan diteruskan di sepanjang bulan Ramadan, sementara aktiviti tambahan pula adalah bertadarus sebanyak dua kali seminggu sehingga khatam.

 

Bagi aktiviti bertadarus hingga khatam, para Muslimah dibahagikan pada enam kumpulan, setiap kumpulan akan membaca enam juzuk sekali dan berjalan dua kali seminggu di Masjid Zainab, mulai 22 Mei dan akan menamatkan bacaan pada 5 Jun, manakala Majlis Khatam dijangka akan diadakan di rumah Ketua Muslimah, Dayang Hajah Ainah binti Haji Suhaili.

 

Di samping menjalankan ibadah puasa dan bertadarus, majlis bersungkai juga akan diadakan di rumah-rumah Muslimah, di samping Solat Berjemaah dan Solat Tarawih bersama.

 

Pada kesempatan itu juga, Dayang Shamsiah ingin menasihati para Muslimah agar menjaga ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain dengan istiqamah dalam sama-sama meraih pahala yang berlipat ganda pada bulan yang penuh keberkatan itu nanti, di samping menjalankan tugasan seharian masing-masing.

 

Majlis dan aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan para Muslimah dan tenaga pengajar, di samping merupakan salah satu aktiviti tahunan dalam sama-sama menyemarakkan kedatangan bulan Ramadan.                    

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Talks With The Taliban - No Women Allowed

 2024-07-03 00:56:49

Tesla Surprises With Better Than Expected Car Sales

 2024-07-03 00:30:09