FacebookInstagramTwitterContact

 

Hari Raya Aidilfitri Celebration, Kampung Bukit Panggal           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, MKOKU           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Warisan Yusof-Zaidah Family           >>           Your Passport To The World Of Dreams: Natural Ways To Cure Insomnia           >>           Olives Are Good At Reducing Fatty Liver           >>           Health Ranger Says: To Beat Stress, Eat Superfoods And Avoid Toxins           >>           'Jalinan Kasih' Family Gathering           >>           Hari Raya Aidilfitri Visit           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, Ministry of Religious Affairs           >>           Kendall Vertes Reveals Why Mother Jill Is Still The Ultimate Dance Mom           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Anggota Bomba Terima Hadiah


PEMANGKU Pengarah Bomba dan Penyelamat Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said menyampaikan minuman kepada pegawai-pegawai pemerintah dan ketua-ketua bahagian seluruh daerah yang berkenaan.

 


 June 12th, 2018  |  09:24 AM  |   314 views

BERAKAS

 

Dalam beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut ketibaan Aidilfitri.

 

Bagi menjaga kebajikan anggota bomba, terutama bagi yang akan bertugas pada hari raya pertama, kedua dan ketiga nanti, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah berlangsung di Balai Bomba Unit Operasi Wanita Cawangan Operasi 'C', Lapangan Terbang Lama Berakas.

 

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian tersebut ialah Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said kepada pegawai-pegawai pemerintah dan ketua-ketua bahagian seluruh daerah yang berkenaan.

 

Majlis turut dihadiri Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat, Awang Lim Hock Guan, penolong-penolong pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota serta kakitangan di JBP.

 

Dengan penyampaian minuman ini, anggota bomba diharap dapat meraikan sambutan hari raya semasa bertugas di balai-balai bomba seluruh negara walaupun tanpa kehadiran keluarga.

 

Para anggota bomba juga diharap dapat merasakan suasana keriangan hari raya bersama rakan-rakan ketika bertugas nanti.

 

Pada kesempatan itu, JBP juga mengingatkan orang ramai agar berwaspada selalu dalam meraikan kedatangan bulan Syawal untuk lebih berhati-hati dan mengambil berat terhadap pencegahan kebakaran agar tidak lalai daripada perkara-perkara yang boleh mengakibatkan kebakaran dan kehilangan jiwa daripada berlaku.

 

Antaranya adalah dengan memastikan peralatan elektrik sentiasa dimatikan jika tidak digunakan serta menutup dan menanggalkan kepala gas (head regulator) jika tidak diperlukan bagi mengelakkan kejadian kebocoran gas.

 

Jika berlaku sebarang insiden kecemasan yang memerlukan bantuan JBP hendaklah menghubungi terus pusat gerakan JBP melalui talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07