FacebookInstagramTwitterContact

 

Is Work Making You Stressed? Study Shows Aromatherapy Can Help           >>           Naturally Manage Your Blood Cholesterol With Fenugreek Seeds           >>           Stroke Patients Can Strengthen Their Brain Function With Ginseng           >>           Cat Swallows 5p Coin While Playing With It - And Is 'Lucky To Be Alive'           >>           Crocodile That Lunged At Children Caught And Cooked Into ‘Large Traditional Feast’           >>           Grab Your Notebook And Jot Down Ryan Gosling's Sweet Quotes About Fatherhood           >>           Grab Your Notebook And Jot Down Ryan Gosling's Sweet Quotes About Fatherhood           >>           Cheers To Anderson Cooper And Andy Cohen's Cutest Dad Moments           >>           Spacex Falcon 9 Rocket Suffers Rare Last-Second Abort During Starlink Satellite Launch (Video)           >>           Apple Reportedly Has Plans For A Thinner Iphone, Macbook Pro And Apple Watch           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pemimpin Berkualiti Bersifat Terbuka Dan Mengamalkan Perbincangan


MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (JPM)berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) Kali Ke-25, Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan Peringkat Pertengahan (EDPMMO)

 


 June 13th, 2018  |  09:35 AM  |   205 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Setiap pemimpin perlu ada sifat-sifat kepimpinan iaitu berakhlak mulia, mengambil berat tentang orang bawahan dan keterbukaan dan syura (berbincang).

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud berkata, untuk menjadi pemimpin yang cemerlang, seorang pemimpin perlu memiliki serta mengamalkan empat akhlak utama dalam segala aspek samada percakapan mahupun perbuatannya iaitu mempunyai sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.

 

"Sekiranya keempat-empat sifat utama ini diterapkan dan diamalkan dalam diri seorang pemimpin, maka sudah setentunya etika kepimpinan akan berjalan dengan sempurna serta dapat memberikan manfaat dan faedah yang sangat besar kepada pengurusan dan pentadbiran sesebuah institusi atau organisasi dan seluruh warga di dalamnya," tegas Yang Berhormat semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) Kali Ke-25, Program Pembangunan Eksekutif Bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan Peringkat Pertengahan (EDPMMO) kali ke-25 dan Program Eksekutif Muda (YEP) Kohot-2 yang berlangsung di Dewan Teater, JPM, di sini.

 

Yang Berhormat seterusnya menegaskan bahawa untuk menjadi pemimpin yang benar-benar berwibawa dan berkepimpinan tinggi, sudah semestinya berkait rapat dengan sejauh mana jalinan hubungan serta penerimaan orang bawahan terhadap kepimpinannya.

 

Justeru itu tambahnya, setiap pemimpin hendaklah sentiasa memelihara kesejahteraan bawahan dalam segala aspek dari pelbagai sudut.

 

Dari segi perkembangan kerjaya yang teratur, Yang Berhormat berkata, penyediaan persekitaran kerja yang kondusif, memberi pengiktirafan bagi sebarang pencapaian yang signifikan, memberi peluang pembangunan diri secara adil dan sebagainya, dapat memberikan kesan yang positif iaitu dengan peningkatan dari segi komitmen, dedikasi dan disiplin para pegawai dan kakitangan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telahpun diamanahkan.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, pemimpin yang berkualiti juga semestinya akan sentiasa bersifat terbuka dan mengamalkan perbincangan (mesyuarat) serta memberi dan menerima pandangan serta pendapat walaupun ianya datang dari orang bawahan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'I Feel Broken': Inside The Mind Of The Woman Who Ran 1,000km In 12 Days

 2024-06-17 00:48:13

Boeing Plane Investigated After 'Dutch Roll'

 2024-06-16 00:18:27