FacebookInstagramTwitterContact

 

Is Work Making You Stressed? Study Shows Aromatherapy Can Help           >>           Naturally Manage Your Blood Cholesterol With Fenugreek Seeds           >>           Stroke Patients Can Strengthen Their Brain Function With Ginseng           >>           Cat Swallows 5p Coin While Playing With It - And Is 'Lucky To Be Alive'           >>           Crocodile That Lunged At Children Caught And Cooked Into ‘Large Traditional Feast’           >>           Grab Your Notebook And Jot Down Ryan Gosling's Sweet Quotes About Fatherhood           >>           Grab Your Notebook And Jot Down Ryan Gosling's Sweet Quotes About Fatherhood           >>           Cheers To Anderson Cooper And Andy Cohen's Cutest Dad Moments           >>           Spacex Falcon 9 Rocket Suffers Rare Last-Second Abort During Starlink Satellite Launch (Video)           >>           Apple Reportedly Has Plans For A Thinner Iphone, Macbook Pro And Apple Watch           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


​ Pandu Selamat Semasa Sambutan Hari Raya


MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof semasa menyerahkan Pek Kempen Beringat-Ingat Keselamatan Jalan Raya Menjelang Lebaran Aidilfitri 2018 kepada pemandu-pemandu.

 


 June 14th, 2018  |  09:28 AM  |   403 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam memastikan pemandu-pemandu sentiasa mengambil berat terhadap keselamatan di jalan raya, khususnya semasa kunjung mengunjung di Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR mengadakan Kempen Beringat-Ingat Keselamatan Jalan Raya Menjelang Lebaran Aidilfitri 2018 di beberapa lokasi strategik.

 

Hadir mengetuai kempen di Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah di sini ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof selaku Pengerusi MKKJR.

 

Juga hadir, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Dr. Haji Supry bin Haji Awang Ladi dan Pengerusi Persatuan Insurans dan Takaful (BITA), Awang Haji Osman bin Haji Md. Jair selaku Ambasador MKKJR

 

Pek Kempen Beringat-Ingat Keselamatan Jalan Raya Menjelang Lebaran Aidilfitri 2018 yang mengandungi beg kitar semula, pelekat kenderaan, poster dan risalah mesej keselamatan jalan raya dan buah tangan turut diedarkan bersama oleh Ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah dan kakitangan Syarikat Empire Solution.

 

Awang Haji Osman semasa temu bual turut menjelaskan mengenai bahaya penggunaan telefon bimbit semasa memandu, sama ada bagi membuat panggilan atau menghantar pesanan ringkas SMS.

 

''Pemandu kenderaan dan penumpang juga diperingatkan untuk sentiasa menggunakan tali pinggang keselamatan bagi mengurangkan risiko kecederaan jika sekiranya berlaku kemalangan yang tidak diingini,'' tambahnya.

 

Di samping itu, pemandu-pemandu juga diperingatkan untuk sentiasa mengamalkan sikap berhemah, berdisiplin dan bertolak ansur sesama pengguna jalan raya yang lainnya bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini semasa musim perayaan nanti.

 

''Pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan jalan raya dan tidak memandu dengan laju serta mematuhi had-had laju yang telah ditetapkan,'' jelasnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'I Feel Broken': Inside The Mind Of The Woman Who Ran 1,000km In 12 Days

 2024-06-17 00:48:13

Boeing Plane Investigated After 'Dutch Roll'

 2024-06-16 00:18:27