FacebookInstagramTwitterContact

 

Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Executive Committee for National Family Day 2024 Celebration Meeting           >>           Nationwide Cleaning Campaign           >>           National Adau Gayoh Festival           >>           Exhibition highlights Discovery of Artefact Collections           >>           Beads Exhibition: 1000 Years           >>           Haj Management Preparation Meeting           >>           Arrival of Haj Management Officers           >>           Doa Selamat Ceremony for Intending Haj Pilgrims, Ministry of Culture, Youth and Sports National           >>           Doa Selamat Ceremony for Intending Haj Pilgrims, The Prime Minister's Office           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Cotter Bantu Persiapan Bagi Piala Asia FIBA


DAMIEN Cotter semasa mengadakan sesi latihan bagi pemain-pemain Bola Keranjang Kebangsaan.

 


 June 20th, 2018  |  08:28 AM  |   258 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Penolong Jurulatih Liga-G dari Australia, Damien Cotter kini berada di negara ini sejak 30 Mei lalu hingga 20 Jun untuk membantu pasukan bola keranjang kebangsaan bagi persiapan kelayakan Piala Asia FIBA akan datang.

 

Pengarah Eksekutif FIBA Oceania, David Crocker dan Setiausaha Agung Persatuan Bola Keranjang Brunei, Lim Fung bekerjasama membawa Damien Cotter bagi membantu persiapan pasukan kebangsaan itu.

 

Brunei akan bermain dalam kejohanan enam pasukan, termasuk Kemboja, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand untuk sesi kelayakan, di mana empat pasukan teratas akan mara ke Piala Asia FIBA 2021 Pra-Kelayakan pada bulan September.

 

Penolong Jurulatih pasukan Long Island Nets, Damien Cotter akan membantu latihan pasukan kebangsaan selama tiga minggu sehingga ke Kelayakan Piala Asia FIBA pada 26 hingga 30 Jun.

 

"Pada minggu pertama, saya akan melihat kekuatan dan kelemahan mereka dan melihat apa yang mereka lakukan dan kemudian berusaha untuk mencari jalan untuk membantu mengembangkan kekuatan mereka dalam jangka masa pendek untuk persiapan ke kejohanan," kata pemain Australia itu.

 

"Dalam jangka panjang saya harap dapat memberi mereka beberapa idea yang akan membantu membangunkan sukan bola keranjang di Brunei," katanya.

 

Cotter yang bekerja sampingan sebagai wakil FIBA dalam Piala SEABA 2017 sudah biasa dengan tahap persaingan di Asia Tenggara dan berharap dapat menyumbang pada pertumbuhan bola keranjang di rantau ini.

 

"Saya melakukan beberapa kerja untuk FIBA dan membuat penulisan pada Kejohanan SEABA di Manila tahun lepas. Ia satu pengalaman yang hebat untuk saya dan saya fikir terdapat banyak potensi di rantau ini".

 

Saya suka melawat tempat-tempat baharu dan membantu mengembangkan permainan ini dan saya sangat bernasib baik kerana diberi banyak peluang," katanya.

 

Walaupun Brunei masih kekurangan pengalaman dalam arena antarabangsa, Cotter berharap mereka dapat mewujudkan asas yang baik dengan memberi tumpuan pada asas-asas kelayakan bagi membimbing mereka.

 

"Saya fikir apa sahaja disiplin awda dalam sukan ini, awda harus mempunyai asas yang baik. Ramai jurulatih bagus dari segi teknikal seperti pemain penyerang atau skim pertahanan, tetapi asas adalah yang paling penting dan mereka adalah yang paling cepat untuk belajar juga paling cepat untuk lupa dalam masa yang sama, " kongsi Cotter yang berharap dapat membuat perbezaan dalam lawatan singkatnya ke negara ini.

 

 "Saya berharap saya boleh memberi inspirasi pada bola keranjang Brunei untuk sampai ke tahap yang lebih tinggi dan memupuk keyakinan baharu sebelum kejohanan mereka," kongsi beliau.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 00:12:48