Home > Bahasa Melayu
Majlis Penutup Kursus Ibadah Haji, 30 Jun, UBD
June 27th, 2018 | 08:24 AM | 161 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jabatan Urusan Haji, Kementeran Hal Ehwal Ugama memaklumkan kepada bakal-bakal jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan Fardu Haji bagi Musim Haji Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi bahawa Majlis Penutup Kursus Ibadah Haji dan Doa Selamat bagi Bakal-bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam akan diadakan pada Sabtu, 16 Syawal 1439H bersamaan 30 Jun 2018M, bertempat di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD) bermula jam 8.30 pagi dan bukannya seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.
Untuk makluman, bakal-bakal jemaah haji bagi musim haji yang terpilih untuk menunaikan Fardu Haji tahun ini adalah dikehendaki untuk hadir ke majlis tersebut pada tarikh dan tempat yang dinyatakan
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]