FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


DYTM Berkenan Melawat RTB


.

 


 June 27th, 2018  |  08:58 AM  |   554 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Radio Televisyen Brunei (RTB) merupakan stesen penyiaran Kerajaan Brunei yang berperanan selaku media penyebar maklumat kerajaan, hari ini menerima Lawatan Sambil Belajar daripada rombongan Pelajar-pelajar Tahun 6 Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS).

 

Lawatan Sambil Belajar disertai oleh seramai 39 pelajar yang mengambil subjek Bahasa Melayu dan Foreign Language Malay bersama empat guru dari Fakulti Bahasa Asian yang diketuai oleh Ketua Bahasa Asian, Melhan Adam.

 

Juga berangkat dalam lawatan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

Antara yang menyertai lawatan ialah cucunda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam, Yang Mulia Pengiran Muhammad Hasbul Qahhar bin Pengiran Haji Mohd. Suhaimi.

 

Menjunjung keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia di RTB, Bandar Seri Begawan ialah Pengarah RTB, Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu dan Pemangku Timbalan Pengarah (Operasi), RTB, Cheong Chee Keong.

 

Dalam sembah alu-aluannya, Awang Haji Muhammad Suffian, antara lain menjelaskan mengenai visi dan misi RTB, selain peranan Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa, termasuk rangkaian-rangkaian stesen radio dan televisyen yang disalurkan oleh RTB.

 

Semasa lawatan tersebut, DYTM berserta pelajar-pelajar lainnya dibawa melawat ke Studio Radio, Studio Rampai Pagi, Galeri Studio 1, Studio dan Balai Berita serta Bilik Penyuntingan Berita.

 

Antara tujuan lawatan ialah untuk mendedahkan pelajar tentang fungsi dan kepentingan RTB dalam menyalurkan maklumat serta hiburan kepada penonton dan pendengarnya.

 

Lawatan tersebut juga diharap dapat memberikan pengalaman pekerjaan dalam bidang penyiaran kepada para pelajar, di samping melihat lebih dekat mengenai proses penyiaran yang dilakukan oleh pihak RTB.

 

Selain itu, pelajar-pelajar juga akan dapat mengetahui mengenai rangkaian-rangkaian radio yang ada, bagaimana penyiaran berita dilaksanakan juga penyuntingan berita dilakukan.

 

Semasa lawatan tersebut, para pelajar juga melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti penyiaran radio dan televisyen secara langsung.

 

Guru Bahasa Melayu Tahun 1 hingga 6, Sekolah Antarabangsa Jerudong, Dayang Hajah Hasnah binti Haji Jumat semasa ditemui menjelaskan melalui lawatan tersebut diharap para pelajar akan dapat pengetahuan yang lebih luas mengenai RTB, seterusnya pengetahuan tersebut diharap dapat diaplikasikan dalam pembelajaran mereka di dalam kelas.

 

Ketika ditanya mengenai cabaran ketika mengajar para pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa di sekolah tersebut, beliau menjelaskan setentunya memang ada cabaran bagi Guru-guru bahasa Melayu untuk menyampaikan bahasa Melayu dalam pengajaran memandangkan kebanyakan bahasa pengantar pelajar-pelajar tersebut adalah dalam bahasa Inggeris.

 

Oleh itu tambahnya, mereka menggunakan pelbagai strategi dan teknik pengajaran agar para pelajar mahu berbahasa Melayu, terutamanya ketika berada dalam kelas.

 

Menurutnya, lawatan itu merupakan salah satu aktiviti, selain mengadakan program-program bacaan, termasuk menggunakan program ICT, terutama dalam pengajaran Tatabahasa, di mana mereka belajar mengenai konsep, erti definisi dan sistem bahasa untuk memudahkan lagi memahami bahasa Melayu dengan lebih mudah.

 

Mengimbau mengenai sejarah Radio Brunei, ia memulakan perkhidmatannya pada 2 Mei 1957 apabila Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien berkenan melancarkan siaran pertamanya, manakala perkhidmatan televisyen perintis pertama dirasmikan pada 1 Februari 1975.

 

RTB ketika ini mempunyai tiga saluran televisyen, iaitu RTB Perdana, RTB Sukmaindera dan RTB Aneka serta lima rangkaian radio tempatan, iaitu Rangkaian Nasional, Rangkaian Pilihan, Rangkaian Pelangi, Rangkaian Harmoni dan Rangkaian Nur Islam.

 

Visi RTB ialah untuk menjadi organisasi media yang utama dan dinamik dalam pembangunan negara, manakala misinya ialah untuk membentuk masyarakat bermaklumat dan berpengalaman melalui rancangan-rancangan berkualiti.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47