FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pembangunan MSME Komponen Penting Wawasan Negara


 


 June 28th, 2018  |  07:59 AM  |   117 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) merupakan satu kuasa penting dalam ekonomi global, memacu inovasi, pembangunan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan.

 

Lebih daripada 90 peratus daripada perniagaan dunia adalah MSME, dan dalam pasaran baru yang muncul, ia bertanggungjawab mewujudkan  80 peratus pekerjaan yang baharu.

 

Walaupun  perwakilan mereka  meluas, namun mereka  tidak mempunyai bahagian yang sepadan dalam Produk Domestik Kasar dan eksport yang  menandakan keperluan yang jelas kearah penambahbaikan ke arah meningkatkan sumbangan mereka.

 

Perkara tersebut terkandung dalam perutusan daripada Darussalam Enterprise (DARe)  sempena Hari MSME Antarabangsa bagi mengiktiraf sumbangan perniagaan kepada masyarakat dan ekonomi, dan keperluan untuk menyokong pertumbuhan MSME.

 

Di Brunei, pembangunan MSME adalah komponen penting dalam wawasan negara, Wawasan Brunei 2035, yang membayangkan ekonomi yang dinamik dan mampan dengan KDNK per kapita, di antara sepuluh teratas di dunia.

 

Untuk membolehkan keusahawanan dan merangsangkan pembangunan MSME yang inovatif, pelbagai dan kompetitif di peringkat antarabangsa, Brunei baru-baru ini telah memulakan agenda reformasi bercita-cita tinggi untuk meningkatkan 'Ease of Doing Business' (EODB) di negara ini serta menubuhkan sebuah badan kebangsaan yang berdedikasi untuk menyokong MSME.

 

Melalui pendekatan negara yang menyeluruh, Kerajaan negara ini bekerja rapat dengan sektor swasta dan  telah berjaya meningkat dalam tempoh empat tahun kebelakangan dari 108 hingga 56 daripada 190 ekonomi dalam Laporan Bank Dunia EODB yang menjejaki rangka kerja pengawalseliaan yang mempengaruhi perniagaan sepanjang kitaran hayat mereka.

 

Pada tahun 2016, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi  penubuhan Darussalam Enterprise (DARe), untuk memperjuangkan pembangunan MSME sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.

 

Sempena Hari MSME Antarabangsa, DARe melahirkan ucapan penghargaan kepada MSME atas sumbangan dan daya tahan mereka ke arah membina masa depan yang lebih baik.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47