FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Brunei DPMM FC Gagal Kutip Mata Penuh


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik berkenan berangkat menyaksikan perlawanan pasukan

 


 August 8th, 2018  |  10:43 AM  |   569 views

BERAKAS

 

Harapan untuk bangkit menebus kekalahan pada perlawanan lalu tidak kesampaian apabila pasukan Brunei DPMM FC sekali lagi terpaksa akur ketika menentang pasukan lawan, juara tiga tahun berturut-turut, pasukan Albirex Niigata FC (S) dengan 1 - 3 pada Perlawanan Great Eastern Singapore Premier League di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, malam tadi.

 

Berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman.

 

Juga berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

 

Walau bagaimanapun, dalam keadaan padang yang lembap berikutan hujan turun, bukan penghalang bagi pasukan Brunei DPMM FC beraksi cemerlang pada awal perlawanan bagi mematahkan harapan pasukan Albirex Niigata FC (S).

 

Aksi pasukan Brunei DPMM FC mula menggegarkan gawang pasukan lawan dengan berjaya membolosi jaringan pertama pada minit ke-10 menerusi sepakan penalti yang disudahi oleh Volodymyr Pryiomov, setelah Adi Said dijatuhkan di kotak penalti oleh pertahanan lawan.

 

Sejurus itu, perlawanan terpaksa ditangguhkan sementara dalam 10 - 15 minit berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

 

Setelah keadaan kembali reda, perlawanan disambung semula bila mana pasukan lawan Albirex Niigata FC (S) berjaya mendominasi permainan dengan merapati jurang apabila berjaya menjadikan kedudukan seri, 1 - 1 menerusi jaringan Shuhei Hoshino pada minit ke-25.

 

Memasuki minit ke-26, 27, 34 dan 38, pasukan Brunei DPMM FC terus menerus diasak oleh pasukan lawan yang berjaya mengatur permainan dan berusaha untuk menjaringkan beberapa gol dengan mengawal para pemain handalan pasukan Brunei DPMM FC, namun percubaan pasukan lawan berjaya digagalkan oleh pemain pertahanan dan penjaga gol pasukan Brunei DPMM FC.

 

Memasuki separuh masa kedua pula, semangat juang pasukan Brunei DPMM FC enggan mengalah apabila pemain-pemain seperti Volodymyr Pryiomov, Mojtaba Mollasaraei, Adi Said, Brian McLean, Shah Rezan Said, Helmi Zambin kerap melakukan serangan balas yang bertubi-tubi, namun tetap gagal mempertahankan kubu mereka apabila pemain lawan, Riku Moriyasu menghadiahkan gol kedua pada minit ke-71.

 

Pada beberapa minit terakhir sebelum masa tambahan diberikan, terdapat sedikit kekurangan prestasi pada permainan pasukan Brunei DPMM FC apabila mereka agak sukar untuk mengimbangi perlawanan menentang pasukan Albirex Niigata FC (S).

 

Sejurus memasuki minit ke-90, kubu pertahanan pasukan Brunei DPMM FC berjaya digegarkan sekali lagi oleh pasukan Albirex Niigata FC (S) bagi gol ketiga menerusi Taku Morinaga yang sekali gus menamatkan perlawanan.

 

Di samping itu, pada masa rehat, pasukan Young Stars FC yang dianggotai oleh Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez bin Pengiran Anak Khairul Khalil mengadakan Perlawanan Persembahan menentang pasukan Projek Ikan Pusu 'B'.

 

Pasukan Brunei DPMM FC seterusnya dijadualkan akan bertemu menentang pasukan Geylang FC pada Sabtu, 11 Ogos di gelanggang sendiri.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07