FacebookInstagramTwitterContact

 

Backlash As Morrisons Trials Sale Of New Zealand Lamb           >>           Reality TV Stars Charged Over Investment Plugs           >>           Mortgage Rates Cut But Borrowing Pressures Remain           >>           Northern Rock Group Seeks 'Stolen' Shares Redress           >>           Build Brunei Talk Series 2024           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Customs Case           >>           The National Youth Day Award           >>           Certificate Presentation           >>           Beads Exhibition: 1000 Years Media Conference           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Brunei DPMM FC - Geylang International FC Terikat 2-2


DULI Yang Teramat Mulia semasa berkenan berangkat menyaksikan perlawanan bolasepak Premier Singapura diantara Brunei DPMM FC dengan Geylang International FC. Berangkat sama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik

 


 August 12th, 2018  |  11:33 AM  |   434 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Brunei DPMM FC terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 selepas menentang Geylang International FC dalam Perlawanan Liga Perdana Singapura di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

 

Berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri  Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman.

 

Juga berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.

 

Pembukaan gol malam tadi menyaksikan Geylang International FC mula membuka jaringan di minit ke-5 melalui sepakan pemain jersi 11, Yeo Hai Ngee.

 

Pada minit ke-17, Brunei DPMM FC berjaya menyamakan gol 1-1 hasil dari sepakan pemain jersi 20, Adi Said.

 

Sebelum tamat separuh masa pertama, Brunei DPMM FC sekali lagi berjaya membolosi gawang pasukan lawan melalui pemain import, Brian McLean di minit ke-43.

 

Dua minit kemudian, Geylang International FC telah berjaya menyamakan gol 2-2 melalui sepakan dari pemain jersey 20, Fairoz Hasan.

 

Permainan di babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan bertubi-tubi untuk membolosi gawang lawan masing-masing namun tiada mata diperolehi sehingga wisel penamat.

 

Sementara itu, All Stars FC yang dianggotai oleh Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez bin Pengiran Anak Khairul Khalil telah berkenan menyertai Perlawanan Persembahan menentang pasukan Projek Ikan Pusu.

 

Hasil dari perlawanan tersebut, Brunei DPMM FC kini menduduki tangga ke-4 liga dengan kutipan sebanyak 27 mata.

 

Perlawanan seterusnya akan menyaksikan Brunei DPMM FC menentang Young Lions pada 15 Ogos nanti di Stadium Jalan Besar, Singapura.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China-Russia Relations: What Is Xi Jinping Prepared To Pay For Putin’s War?

 2024-05-16 04:59:31

Backlash As Morrisons Trials Sale Of New Zealand Lamb

 2024-05-17 10:32:20