FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of Solar PV Project           >>           Special Talk           >>           Hari Raya Aidiladha Celebration           >>           Afternoon Rain           >>           Khatam Al-Quran Ceremony           >>           Stoning of the Devil           >>           Launching Of Brunei Affiliate of the Society of Women Engineers           >>           Book Launching Ceremony           >>           Presentation of Appointment Letters           >>           Various Distribution of Sacrificial Meats           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penderita Gangguan Kesihatan Mental Semakin Berleluasa


 


 August 26th, 2018  |  10:47 AM  |   324 views

TUTONG

 

Isu kesihatan mental kini menjadi trend global yang semakin membimbangkan. Menurut laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mereka yang menderita gangguan kesihatan mental semakin berleluasa di seluruh dunia.

 

Negara ini juga tidak terkecuali dalam mengalami isu tersebut, di mana pada tahun 2012, seramai 11,000 orang berdaftar di bawah Perkhidmatan Kesihatan Mental, Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.

 

Ini jelas menunjukkan bahawa sebanyak 2.75 peratus penduduk Brunei hidup dengan beberapa jenis masalah kesihatan mental dan jumlah itu dianggarkan semakin meningkat dan berkemungkinan banyak lagi yang tidak dilaporkan, yang mana mereka itu sudah mendapat bantuan dan sokongan.

 

Peningkatan tersebut adalah dikenal pasti berpunca daripada stigma sosial, iaitu salah satu halangan utama bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan mental untuk mencari bantuan yang sesuai.

 

Persepsi negatif tentang kesihatan mental dalam kalangan masyarakat mungkin disebabkan oleh kurangnya pemahaman mengenai kesihatan mental, yang mana orang ramai beranggapan bahawa kesihatan mental itu sesuatu yang berkaitan dengan gila (lunacy).

 

Oleh yang demikian, ramai yang mengelak atau memilih untuk tidak mendedahkan atau berkongsi keadaan mereka kerana takut berlakunya diskriminasi.

 

Pelbagai usaha dilakukan oleh Kementerian Kesihatan bagi menangani isu ini, termasuklah mengadakan kempen kesedaran kesihatan mental 'Mind Your Mind - Jaga Minda Kita' melalui Ahli-ahli Psikiatri dari Jabatan Psikiatri Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (Hospital RIPAS); Pakar Psikologi dari kedua-dua jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Perkhidmatan Perubatan; Pakar Terapi Pekerjaan dan Pekerja Sosial Perubatan dari Hospital RIPAS dan pegawai dari Pusat Promosi Kesihatan serta sukarelawan dari Institut Sains Kesihatan, Universiti Brunei Darussalam sebagai langkah pendekatan secara menyeluruh dalam meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kesihatan mental dan kesejahteraan mereka.

 

Tahun ini 'Mind Your Mind - Jaga Minda Kita' Ke-5, dikendalikan oleh Pusat Promosi Kesihatan di Petani Mall Tutong selama dua hari pada 25 hingga 26 Ogos.

 

Pelbagai aktiviti menarik disediakan dan antara aktiviti yang diadakan termasuk pameran mengenai kesihatan mental, kuiz, sesi mengopi bersama pakar dan walkathon 'Berjalan Menuju Perubahan' sejauh tiga (3) kilometer pada 26 Ogos.

 

Antara objektifnya untuk terus meningkatkan kesedaran dan mendidik masyarakat tentang kepentingan Kesihatan Mental; berkongsi dan mempromosikan perkhidmatan penjagaan kesihatan mental yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan serta menangani persepsi negatif mengenai kesihatan mental di Negara Brunei Darussalam.

 

Orang ramai adalah dialu-alukan hadir dan sama-sama menyertai aktiviti yang disediakan. Ia adalah peluang kepada orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kesihatan mental dan cara-cara menanganinya.

 

Kementerian Kesihatan berharap dengan adanya pendekatan seperti itu, orang ramai akan lebih peka untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental mereka pada masa akan datang dan sama-sama menangani isu tersebut dengan lebih terbuka serta sentiasa memberikan sokongan dan pendengar yang baik kepada mereka yang memerlukan pertolongan.

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Japanese State Visit Will Skip Downing Street

 2024-06-19 00:24:01

Boeing Boss Admits Culture 'Far From Perfect'

 2024-06-19 01:09:29