Home > Bahasa Melayu
Curi Kabel : Warga Tempatan Mengaku Bersalah
August 26th, 2018 | 10:53 AM |
620 views
TUTONG
Seorang lelaki warga negara tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas kesalahan menyimpan barang curi.
Suspek Norul Azim bin Haji Sulaiman, 30 tahun, ditahan oleh anggota Balai Polis Tutong semasa membuat rondaan pencegahan jenayah di kawasan Daerah Tutong.
Ketika membuat pemeriksaan ke atas kenderaan yang dipandu suspek mendapati beberapa potongan logam kabel elektrik ada tersimpan di dalam kenderaan tersebut dipercayai barangan curi.
Suspek ditahan bersama barang bukti dan dibawa ke Balai Polis Tutong bagi siasatan lanjut.
Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan atas pertuduhan di bawah seksyen 411 Akta Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.
Suspek mengaku bersalah dan didenda sebanyak BND1,500 atau penjara selama dua (2) bulan jika gagal membayar denda tersebut, walau bagaimanapun suspek membayar denda tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]