Home > Bahasa Melayu
Tingkatkan Kefahaman Perkahwinan Menurut Islam
TENAGA pengkursus bagi peserta lelaki, Awang Haji Imaharan bin Haji Metali dari Pusat Da'wah Islamiah menyampaikan taklimatnya.
August 28th, 2018 | 09:55 AM | 256 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pusat Da'wah Islamiah melalui Unit Kursus, Bahagian Penyebaran Da'wah mengendalikan Kursus Fiqh Al-Munakahat selamat empat hari bermula hari ini.
Seramai 37 peserta menyertai kursus tersebut yang diadakan di Bangunan Darul Huda, PDI, Berakas, di sini.
Semasa kursus para peserta didedahkan dengan huraian tentang melamar dan meminang; perkahwinan menurut Islam dan lain-lain hal yang berkaitan.
Dengan adanya kursus ini diharap akan dapat meningkatkan kefahaman yang sedia ada dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian dengan penuh ketakwaan kepada-Nya.
Kursus antaranya bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kefahaman mengenai perkara yang berhubungkait dengan bab munakahat (perkahwinan).
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]