FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Profesional Industri Pembinaan Didedahkan Dengan Facility Management


KETUA Pegawai Eksekutif Maxwell Cfm International Sdn. Bhd. (Malaysia), Arivagara Pavithran salah seorang daripada fasilitator

 


 August 29th, 2018  |  09:17 AM  |   322 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Lebih 50 profesional industri pembinaan dari seluruh negara hari ini menghadiri taklimat Facility Management yang dianjurkan oleh Institut Juruukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) Brunei yang diadakan di Dewan Atria Simpur Jabatan Kerja Raya.

 

Fasilitator  terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Maxwell Cfm International Sdn Bhd (Malaysia),  Arivagara Pavithran; Pengarah Perundingan Maxwell Cfm International Sdn Bhd (Malaysia), Norman Abrahamsen dan Perunding Building Information Modelling (BIM), Maxwell Cfm International Sdn Bhd (Malaysia), Dr. John Rogers.

 

Antara tajuk yang diketengahkan  adalah Pengurusan Kemudahan MSS ISO41001: 2018, reka bentuk digital BIM dan penyampaian projek, Peralihan kepada Kesediaan Operasi, Migrasi Pemikiran dari Pengurusan Penyelenggaraan kepada Pengurusan Kemudahan dan Pengurusan Kesinambungan Perniagaan dalam Pengurusan Kemudahan.

 

Arivagara Pavithran, dalam topiknya "Pengurusan Kemudahan MSS ISO41001: 2018" menekankan bahawa ISO baharu mengenai Pengurusan Kemudahan menyediakan garis panduan yang diperlukan untuk mana-mana organisasi tanpa mengira jenis perniagaan dan saiz untuk memahami keperluan bagi amalan Facility Management (FM) yang baik.

 

Beliau juga menekankan bahawa dengan ini, para pelanggan dan penyedia perkhidmatan dapat menutup perbezaan antara harapan dan persepsi dalam penyampaian perkhidmatan FM.

 

Norman Abrahamsen, dalam ucapannya mengenai dengan "Kesediaan Peralihan kepada Operasi" menjelaskan fasa penting sebelum penyerahan selepas pembinaan di mana klien tidak memiliki pengetahuan yang mencukupi untuk menyediakan kemudahan atau aset bagi operasi.

 

Selain itu, dalam "Pemikiran dari Pengurusan Penyenggaraan ke Pengurusan Kemudahan", beliau menekankan bahawa minda tradisional difokuskan di sekitar aktiviti penyelenggaraan tetapi tidak ke arah keseluruhan ekosistem aktiviti yang mempengaruhi kerja.

 

Beliau menambah bahawa organisasi sering melihat pembentukan bangunan sebagai kos tetapi bukan sebagai nilai kepada perniagaan teras mereka.

 

Beliau menegaskan bahawa minda baru diperlukan untuk membawa nilai kepada perniagaan serta mewujudkan persekitaran tempat kerja yang sihat bagi rakyat.

 

Taklimat tersebut antara lain bertujuan untuk memberi peluang kepada para profesional industri pembinaan tempatan berkongsi pengetahuan dan pengalaman antara satu dengan yang lain.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41