FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penerangan Terapkan Semangat ASEAN-Ness Kalangan Penuntut


TAKLIMAT disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim.

 


 September 5th, 2018  |  10:26 AM  |   188 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Penerangan hari ini meneruskan program Jerayawara Kenali ASEAN ke Sekolah Menengah Nusa Laila Puteri (SM NLP). Program dihadiri oleh 36 penuntut Tahun 7, 8 dan 9 sekolah berkenaan.

 

Turut hadir ialah Guru Besar SM NLP, Dayang Rosalinda David Abdullah dan tenaga pengajar sekolah.

 

Program yang bertujuan untuk memberikan pendedahan dan menyalurkan maklumat dengan lebih meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada penuntut-penuntut sekolah di negara ini melalui Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan, selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan ASEANCOCI telah berlangsung di Dewan SM NLP.

 

Taklimat disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim.

 

Tujuan jerayawara itu adalah untuk membarigakan serta membuat pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada penuntut-penuntut sekolah menengah di negara ini kerana mereka adalah golongan belia yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya berperanan penting dalam memangkin hala tuju negara ini.

 

Ianya juga dihasratkan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan penuntut-penuntut sekolah mengenai ASEAN selain untuk mengenal pasti sejauh mana para penuntut mengetahui tentang ASEAN dan peranan organisasi ini dalam membangun negara-negara anggotanya.

 

Taklimat itu juga dapat menanamkan kesedaran dan rasa milik dalam kalangan para penuntut sekolah sebagai satu masyarakat ASEAN, selaras dengan Moto ASEAN: Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti (One Vision, One Identity, One Community).

 

Para penuntut juga berpeluang menyertai Kuiz ASEAN yang dikendalikan oleh Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan dan diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab kuiz ASEAN.

 

Program tersebut merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisma dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan penuntut-penuntut dalam sama-sama menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.

 

Dalam masa yang sama juga, bagi mengukuhkan hubungan Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya penuntut-penuntut di Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41