FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mesyuarat APA Bincang Keselamatan Pelabuhan Dari Sebarang Ancaman


BARISAN delegasi yang menyertai Mesyuarat Komiti Kerja Pertubuhan Pelabuhan-Pelabuhan ASEAN (APA) Ke-39 menyertai Mesyuarat Komiti Kerja Pertubuhan Pelabuhan-Pelabuhan ASEAN (APA) Ke-39

 


 September 5th, 2018  |  10:29 AM  |   262 views

JERUDONG

 

Negara Brunei Darussalam melalui Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD) telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Komiti Kerja Pertubuhan Pelabuhan-Pelabuhan ASEAN (APA) Ke-39 bagi membincangkan dan menyelaraskan kerjasama ASEAN di dalam bidang pembangunan sektor pelabuhan-pelabuhan.

 

Mesyuarat selama dua hari yang bermula hari ini dihadiri oleh para delegasi daripada Sekretariat APA, Negara Brunei Darussalam (NBD), Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar,  Filipina, Singapura, Thailand dan Viet Nam yang berlangsung di Hotel Starlodge, Jerudong.

 

Hadir merasmikan pembukaan mesyuarat tersebut ialah Ketua Eksekutif, MPABD, Awang Haji Mohd. Salihin bin Haji Aspar selaku Ketua Delegasi bagi NBD.

 

Antara isu-isu yang dibincangkan di dalam mesyuarat komiti kerja berkenaan adalah pertukaran maklumat dan pendapat mengenai dengan pencapaian Negara-Negara ASEAN di dalam sektor pelabuhan serta perancangan-perancangan yang berkaitan dengan perkembangan sektor pelabuhan di rantau ini.

 

Turut dikongsikan ialah maklumat-maklumat yang berkaitan dengan perkembangan sumber manusia, khususnya yang berkaitan dengan kursus-kursus, latihan-latihan serta bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh Negara-Negara ahli APA.

 

Awang Haji Mohd. Salihin dalam ucapannya mengongsikan mengenai perkembangan semasa yang telah berlaku di dalam bidang pentadbiran maritim di NBD, yang mana ketika ini pentadbiran maritim telahpun dikawal-selia oleh Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam (MPABD) yang merupakan gabungan Jabatan Laut dan Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan, Kementerian Perhubungan.

 

Beliau seterusnya berpendapat bahawa perancangan yang komprehensif adalah sangat penting bagi mendapatkan pelabuhan yang mampan dan berdaya tahan dari segi infrastruktur, operasi dan keselamatan pelabuhan bagi memastikan tahap operasi dan produktiviti yang lancar.

 

Menurut beliau lagi, kualiti prasarana, kemudahan-kemudahan pelabuhan dan prestasi perkhidmatan merupakan beberapa mekanisme yang penting dalam memastikan pelabuhan serantau akan terus beroperasi walaupun di dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

 

"Pelabuhan yang selamat dan terkawal dari sebarang ancaman adalah penting di dalam memastikan perkembangan dan pembangunan pelabuhan yang berterusan," tambahnya lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41