FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Cetus Semangat Kerjasama Tingkatkan Kualiti, Produktiviti


PEGAWAI dan Kakitangan daripada cawangan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang menghadiri Jerayawara JPA Ke-3 di Daerah Tutong.

 


 September 5th, 2018  |  10:31 AM  |   293 views

TUTONG

 

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan sebuah agensi 'focal' dalam hal ehwal pengurusan dan perkembangan sumber manusia bagi Perkhidmatan Awam di Negara Brunei Darussalam, yang mempunyai aspirasi tinggi dalam membekalkan sumber manusia yang berupaya untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang melalui penggubalan dasar dan pengurusan sumber manusia, dengan menepati ciri-ciri tadbir urus yang berkualiti.

 

Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dr. Awang Norfarizal bin Othman semasa berucap pada Jerayawara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Kali Ke-3 di daerah ini berkata, jerayawara tersebut diungkayahkan sebagai wadah atau 'platform' untuk berkongsi dan membincangkan perkara-perkara yang meliputi Peraturan-Peraturan Am dalam Perkhidmatan Awam selaras dengan General Orders, 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan.

 

''Tidak dinafikan ianya akan mengukuhkan lagi ukhwah perpaduan dan keharmonian di antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan agensi-agensi kerajaan di Daerah Tutong selaras dengan objektif jerayawara ini.

 

Penjawat awam sebagai jentera Perkhidmatan Awam tidak kira di peringkat mana pun, seharusnya mempamerkan diri sebagai warga Perkhidmatan Awam yang berintegriti, berdisiplin tinggi dan sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang kerajaan, serta pada masa yang sama, mampu membantu jabatan / kementerian khususnya dan Perkhidmatan Awam amnya, sekali gus menambah baik kualiti perkhidmatan dan pengurusan bagi memastikan kelicinan pengurusan dan pentadbiran kerajaan,'' tegasnya.

 

Selain itu ujarnya, penjawat awam perlu bersifat pencetus ke arah peningkatan kualiti dan sentiasa berfikiran jauh ke hadapan serta menyumbang ke arah Perkhidmatan Awam yang mampan.

 

Justeru itu, beliau menyeru semua yang hadir untuk saling mempertingkatkan 'sense of belonging', mencetus semangat kerjasama serta meningkatkan kualiti dan produktiviti jabatan ke arah bersama-sama mencapai matlamat Wawasan Negara 2035.

 

Jerayawara ini memberi peluang kepada warga perkhidmatan awam di Daerah Tutong untuk berbincang bersama Pegawai-pegawai JPA mengenai pemahaman Peraturan-Peraturan Am / Perkhidmatan dan Hal Ehwal Pengurusan Dalam Perkhidmatan Awam (GO), Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), dan Government Employee Management System (GEMS).

 

Seramai 300 orang pegawai dan kakitangan menghadiri jerayawara yang merupakan salah satu usaha berterusan untuk memperkenalkan dan menjelaskan peranan dan tanggungjawab JPA secara menyeluruh.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41