FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Para Peserta EDP Teroka Tren-Tren Dalam Amalan Pengurusan


PARA peserta Program Perkembangan Eksekutif (EDP) bagi Pegawai-Pegawai Kanan Ke-14 yang diadakan di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Pertahanan

 


 September 5th, 2018  |  10:44 AM  |   224 views

BOLKIAH GARRISON

 

Kementerian Pertahanan sedang menjalankan Program Perkembangan Eksekutif (EDP) bagi Pegawai-Pegawai Kanan Ke-14 di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Pertahanan.

 

Dengan kerjasama Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore, program padat selama tiga bulan ini direka bentuk dan dibangunkan dengan fokus kepada dasar awam dan pengurusan.

 

Program tersebut akan disampaikan oleh fakulti tersebut terdiri daripada ahli-ahli akademik dan pakar-pakar berpengalaman tinggi.

 

Sebagai tambahan, program berkenaan juga meliputi lawatan sambil belajar ke Kementerian-Kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan dan juga penceramah-penceramah jemputan tempatan bagi memberikan pendedahan lanjut kepada para peserta mengenai pelaksanaan dasar awam.

 

Peserta EDP tahun ini terdiri daripada 26 pegawai-pegawai kanan tentera (berpangkat Leftenan Kolonel) dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), seorang pegawai kanan Kementerian Pertahanan, dua orang pegawai kanan dari Jabatan Perdana Menteri dan  seorang pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei.

 

Dalam ucapan pembukaan, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Dato Paduka Abdul Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Abu Bakar, Tentera Laut Diraja Brunei, menekankan bahawa selain menjadi komponen penting dalam pembangunan profesional anggota-anggota ABDB, EDP lebih penting sebagai salah satu sumbangan pertahanan ke arah pencapaian Wawasan Brunei 2035 bagi rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya.

 

Beliau menggesa para peserta untuk menghayati intipati ini dan menyasarkan untuk memberikan impak positif kepada pembangunan dan pertumbuhan negara, seterusnya menyumbang kepada kemampanan keselamatan dan kestabilan Negara Brunei Darussalam.

 

Kata-kata pengenalan mengenai program tersebut turut disampaikan oleh Pengarah  Eksekutif (Pengajian Eksekutif) di Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore, Prof Madya Francesco Mancini.

 

Dilancarkan pada tahun 2004, seramai 299 pegawai-pegawai kanan telah menjalani EDP Kementerian Pertahanan dan Program EDP kali ini bermula dari 3 September 2018 hingga 30 November 2018 nanti.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41