FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkatkan Keupayaan, Kecekapan Pelabuhan


SETIAUSAHA Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad yang juga selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam (MPABD) menyampaikan cenderamata kepada ketua delegasi.

 


 September 5th, 2018  |  10:47 AM  |   480 views

JERUDONG

 

Negara-negara ASEAN Ports Association (APA) perlu untuk terus saling bekerjasama dalam membanteras apa jua ancaman yang mendatang, terutama di dalam keadaan persekitaran maritim ketika ini, yang terdedah kepada pelbagai ancaman, termasuk ancaman keselamatan bukan tradisional.

 

Salah satu cara bagi membanteras ancaman tersebut adalah dengan meningkatkan dan mempertahankan pelabuhan di rantau ini, yang mana pertubuhan ini turut memainkan peranan yang penting.

 

Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad yang juga selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam (MPABD) berucap demikian pada Majlis Makan Malam meraikan delegasi Mesyuarat Komiti Kerja APA Kali Ke-39 di Hotel Starlodge, Jerudong di sini.

 

Awang Haji Azhar seterusnya menjelaskan, adalah menjadi komitmen negara-negara ahli pertubuhan tersebut dalam terus meningkatkan tahap keupayaan dan kecekapan di pelabuhan-pelabuhan masing-masing.

 

Tambahnya, mesyuarat itu menjadi salah satu medan yang sesuai bagi sama-sama mengongsikan maklumat dan pendapat, yang menjurus kepada peningkatan tersebut.

 

Selain itu katanya, ia juga menjadi medan bagi negara-negara ahli pertubuhan untuk saling mengongsikan dan memanfaatkan amalan-amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh negara-negara ahli di dalam pembangunan, pengurusan dan pengendalian pelabuhan-pelabuhan masing-masing.

 

Pada majlis berkenaan, Awang Haji Azhar juga menyampaikan cenderamata kepada Ketua-ketua Delegasi dan Sekretariat APA.

 

Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian dan persembahan muzik tradisi yang mempamerkan warisan budaya Negara Brunei Darussalam.

 

Juga hadir, Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Dr. Awang Haji Supry bin Haji Awang Ladi serta pegawai dan kakitangan MPABD.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41