FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peserta Pertukaran Belia Republik Korea Diraikan


TETAMU kehormat, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad menyampaikan sijil kepada para peserta.

 


 September 5th, 2018  |  10:53 AM  |   157 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai sepuluh peserta Program Pertukaran Belia Republik Korea diraikan di Majlis Makan Malam Perpisahan yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bertempat di Bilik VIP, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Belia dan Sukan, Dayang Hajah Noor Maslina binti Haji Sulaiman dalam ucapannya menjelaskan, dengan adanya program seumpama ini diharap para peserta berpeluang mempelajari budaya, tradisi, bahasa dan kehidupan di negara ini.

 

Beliau yakin dengan meluangkan masa bersama keluarga angkat dan rakan-rakan baru akan menjadi pengalaman dan kenangan yang manis.

 

Menurutnya lagi, program ini juga merupakan ruang untuk para peserta mengkaji bagaimana belia Brunei Darussalam dan Korea dapat bersatu, sebagai satu komuniti dengan berkongsi perspektif dan idea dalam pelbagai bidang untuk membantu membangunkan pemimpin muda masa depan.

 

Selain itu katanya, persahabatan antara peserta dan keluarga angkat, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh adalah merupakan satu yang sangat berharga.

 

Ini diikuti dengan ucapan balas daripada Pegawai dari Ministry of Gender, Equality and Family, Republik Korea selaku Ketua Rombongan, Tuan Kang Dongkeun yang melahirkan rasa penghargaan atas layanan mesra semasa berada di negara ini.

 

Majlis kemudian diteruskan dengan 'reporting session' dari para peserta belia Republik Korea, disusuli dengan penyampaian cenderamata dan sijil yang disampaikan oleh tetamu kehormat kepada para peserta.

 

Rombongan belia tersebut berada di Negara Brunei Darussalam sejak 27 Ogos lalu.

 

Program Pertukaran Belia Dua Hala Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea merupakan salah satu daripada program di bawah Perjanjian Kerjasama atau Arrangement on Cooperation on Youth Matters yang telah dimeterai di antara kedua buah kerajaan dan telah dipersetujui pada 10 Februari 2010.

 

Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2011 dan tahun ini merupakan kali ke-8, di mana program berkenaan berlangsung pada 27 Jun hingga 5 Julai 2018 dan rombongan Negara Brunei Darussalam telah membuat pertukaran lawatan ke Republik Korea.

 

Program tersebut dianjurkan secara kerjasama oleh Ministry of Gender, Equality and Family, Republik Korea dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam, yang antaranya bertujuan untuk menjalin persahabatan dan persefahaman muhibah di kalangan belia-belia kedua buah negara, dalam suasana harmoni dan setiakawan melalui interaksi yang sihat, selain dapat berkongsi dan bertukar pandangan dan pengalaman berguna dari sudut sosioekonomi, sosiopolitik, adat resam dan kebudayaan termasuk bahasa.

 

Setakat ini, seramai 160 orang belia yang berumur di antara 18 hingga 30 tahun dari Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea telah menyertai Program Pertukaran Belia Dua Hala tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41