FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Meningkatkan Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Kalangan Warga Sekolah.


TAKLIMAT disampaikan oleh Ahli Majlid Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad, selaku Duta MKKJR dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Dr. Awang Haji Supry bin Haji Awang Ladi selaku Setiausaha MKKJR.

 


 September 5th, 2018  |  10:58 AM  |   239 views

MERAGANG

 

Sebagai salah satu inisiatif Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) Negara Brunei Darussalam untuk mensasarkan pembarigaan keselamatan jalan raya kepada golongan belia, MKKJR meneruskan program tersebut melalui Youth Outreach Program yang bertajuk "Are You Ready To Be On The Road?" bagi penuntut-penuntut di Pusat Tingkatan Enam Meragang (PTEM). Program diadakan di Dewan Auditorium PTEM, di sini.

 

Taklimat disampaikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad, selaku Duta MKKJR dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Dr. Awang Haji Supry bin Haji Awang Ladi selaku Setiausaha MKKJR.

 

Terdahulu dalam temu bual Pelita Brunei bersama Yang Berhormat Awang Iswandy menjelaskan taklimat tersebut adalah untuk meningkatkan lagi kesedaran mengenai dengan kepentingan penggunaan jalan raya khususnya para belia terutama bagi mereka dalam lingkungan umur 16 hingga 18 tahun yang mana mereka ini tidak lama lagi atau sudah memiliki lesen memandu yang sah.

 

Tambahnya lagi, dengan jiwa muda dan ingin mencuba sesuatu yang baru ini, mungkin mereka boleh terlupa dan sedikit alpa mengenai dengan keselamatan jalan raya.

 

Yang Berhormat seterusnya berharap dengan adanya program ini ia akan lebih menyerapkan lagi rasa tanggungjawab dalam kalangan para belia.

 

Program ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Pusat Tingkatan Enam (PTE) dan sekolah-sekolah itu adalah khusus bagi penuntut yang bakal mengambil lesen memandu mereka selepas mereka tamat pengajian mereka pada tahun ini.

 

Kempen yang berunsurkan forum dan dialog itu dihasrat untuk meningkatkan kesedaran dan kewaspadaan serta persediaan kaum belia tentang pemanduan yang selamat di jalan raya.

 

Youth Outreach Program tersebut menyentuh mengenai aspek-aspek pemanduan yang selamat serta pentingnya mematuhi undang-undang jalan raya, sentiasa memandu dengan had laju yang ditetapkan, sentiasa menggunakan tali pinggang keledar semasa memandu dan semasa menjadi penumpang dalam kenderaan; sentiasa mematuhi had laju di jalan raya; memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik; jangan memandu dibawah pengaruh dadah ataupun alkohol dan menghormati pengguna jalan raya yang lain seperti penunggang motosikal, basikal dan pejalan kaki.

 

Bagi persediaan para belia di IPT yang bakal mendapatkan lesen memandu dalam masa terdekat, program tersebut sesuai dengan tajuk forum yang disampaikan berhasrat untuk menerapkan pengetahuan dan kesedaran mengenai pentingnya memandu dengan berhemah, berdisiplin dan bertimbang rasa semasa berada di jalan  raya.

 

Antara yang hadir ke forum tersebut ialah Pengetua PTEM, guru-guru dan kakitangan PTEM serrta para pegawai dan kakitangan Urusetia MKKJR.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41