FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


IPT Juara Kejohanan Bola Jaring SKBD


YAM Pengiran Anak Raheemah Sanaul Bolkiah binti Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim mewakili Pasukan Brunei Muara dan Setiausaha Tetap KKBS, Yang Mulia Datin Paduka Dr. Hajah Norlila semasa be

 


 September 5th, 2018  |  11:05 AM  |   455 views

BERAKAS

 

Pasukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) berjaya menewaskan Pasukan Temburong dalam Kejohanan Bola Jaring Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) Ke-4 Tahun 2018.

 

Pasukan IPT sekali gus merebut gelaran juara setelah berjaya menundukkan Pasukan Temburong dengan jaringan 38 - 33.

 

Suku masa pertama menyaksikan Pasukan IPT lebih ligat beraksi dengan mendahului mata jaringan sembilan berbalas tujuh dan terus menguasai perlawanan di suku masa kedua dengan mata jaringan 14 - 8.

 

Manakala pada suku masa ketiga dan keempat, Pasukan Temburong mula bangkit beraksi dengan beroleh mata jaringan 8 - 7 dan 10 - 8 namun di akhir perlawanan, kemenangan berpihak kepada Pasukan IPT.

 

Tempat ketiga disandang oleh Pasukan Brunei Muara setelah berjaya menewaskan Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MSABDB) dengan jaringan 38 - 30.

 

Turut menyertai, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raheemah Sanaul Bolkiah binti Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim mewakili Pasukan Brunei Muara.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

 

Sebanyak lapan pasukan bertanding dalam kejohanan tersebut, terdiri dari Pasukan Brunei Muara, Pasukan Tutong, Pasukan Temburong, Pasukan Belait, Pasukan MS ABDB, Pasukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam, Pasukan IPT dan Pasukan Gabungan Syarikat Telekomunikasi Brunei.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41