FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD Teruskan Saingan Dalam Kejohanan Bola Jaring Asia


BERANGKAT menyertai pasukan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah selaku Kapte

 


 September 5th, 2018  |  11:10 AM  |   441 views

SINGAPURA

 

Pasukan Bola Jaring Hong Kong dan Singapura terpaksa akur dengan kekalahan mereka apabila tewas di tangan Pasukan Malaysia dan Sri Lanka pada Kejohanan Bola Jaring Asia M1 (M1 ANC) Edisi Ke-11 yang berlangsung di Pusat Sukan Singapura.

 

Pusingan kedua kejohanan juga menyaksikan Pasukan Bola Jaring Negara Brunei Darussalam tewas kepada pasukan Thailand dengan keputusan 66-33.

 

Berangkat menyertai pasukan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah selaku Kapten Pasukan. 

 

Pada suku pertama perlawanan, kedua-dua pasukan masing-masing menampilkan permainan yang sengit menjadikan keduanya terikat 13-13. Namun pasukan Thailand terus menguasai perlawanan sehingga pasukan negara ketinggalan 30 jaringan daripada pasukan tersebut.

 

Pasukan negara akan meneruskan saingannya di kejohanan tersebut dengan perlawanan seterusnya menentang Pasukan Jepun pada 5 September pada pukul 3 petang waktu setempat. Beberapa perlawanan juga akan berlangsung esok iaitu China Taipei menentang Filipina, Pakistan berdepan dengan Maldives, India akan bertemu dengan Thailand, Malaysia juga akan menentang Sri Lanka dan Singapura akan berdepan dengan Hong Kong.

 

Pasukan bola jaring negara juga akan berhadapan dengan pasukan India pada 6 September ini pada jam 9 pagi waktu setempat. 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai M1 ANC 2018, layari www.netball.org.sg.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41