FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat Sempurnakan Perasmian ASEANAPOL 2018


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Inspektor Jeneral Polis Diraja

 


 September 5th, 2018  |  11:25 AM  |   600 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Persidangan Ketua Polis Negara-Negara ASEAN (ASEANAPOL) Ke-38 menghimpunkan 27 Ketua Polis dari Negara Anggota ASEAN dan Ketua-Ketua Delegasi Rakan Dialog dan Negara-Negara Pemerhati ASEANAPOL.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Inspektor Jeneral Polis Diraja Brunei berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Persidangan ASEANAPOL Ke-38 Tahun 2018 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. 

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Pusat Persidangan Antarabangsa dijunjung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Hairol Arni bin Haji Abdul Majid; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dayang Hajah Elinda binti Haji C.A. Mohammad dan Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam.

 

Juga berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan Di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Inspektor Jeneral Polis Diraja Brunei.

 

Sejurus keberangkatan, Kebawah DYMM disembahkenalkan kepada Ketua-Ketua Delegasi dari Negara Anggota ASEAN, Rakan-Rakan Dialog dan para Pemerhati yang menghadiri Persidangan ASEANAPOL tersebut, iaitu Ketua Polis, Cambodian National Police (CNP), Kemboja, Lim Thong; Ketua Polis, Indonesian National Police (INP), Republik Indonesia, Dato Paduka Seri Prof. Dr. Muhammad Tito Karnavian; Police Brigadier General, Lao Police Force (LPF), Republik Rakyat Lao, Dr. Thonglek Mangnormek; Inspector General, Royal Malaysian Police Force (RMP), Malaysia, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi bin Harun; Police Lieutenant General, Myanmar Police Force, Republik Kesatuan Myanmar, Aung Win Oo; Police General, Philippines National Police (PNP), Republik Filipina, Oscar David Albayalde; Pesuruhjaya Polis, Singapore Police Force (SPF), Republik Singapura, Dato Paduka Seri Hoong Wee Teck; Police Lieutenant General, Royal Thai Police, Kerajaan Thailand, Promtorn Parkart; Police Lieutenant General, General Department of Viet Nam Police, Republik Sosialis Viet Nam, Tran Van Ve; Police Colonel , Executive Director of ASEANAPOL Secretariat, Kenechanh Phommachack; Timbalan Setiausaha Agung ASEAN, Tuan Yang Terutama Dr. Hoang Anh Tuan; Timbalan Pesuruhjaya Operasi, Komanwel Australia, Neil Gaughan; Pesuruhajaya Polis, Class II, Deputy Director General of International Cooperation Department, Ministry of Public Security, Republik Rakyat China, Hu Binchen; Setiausaha Agung, ICPO, International Criminal Police Organization (INTERPOL), Jurgen Stock; Senior Commissioner, Councilor For International Issue, Jepun, Akihisa Kato; Senior Commissioner, Director General of Foreign Affair, Republik Korea, Superintendent General Kim Jae Won; Commissioner , New Zealand, Michael Bush; Minister of International Affair, Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir A Kolokoltsev; Deputy Director General, Turkish National Police, Republik Turki, 1st Degree Chief Superintendent Erhan Gulveren; International Committee of the Red Cross (ICRC), Nicolas Bonvin; Head of the Europol Office to Interpol, Benoit Godart; Pesuruhjaya Polis, General Commander of Police, Republik Demokratik Timor Leste, Julio Da Costa Hornay; Commander, Head of Region (Australia & New Zealand), United Kingdom, Mark Bishop; Pesuruhjaya Polis, Republik Fiji, Brigadier General Sitiveni Qiliho; Assistant Director, Federal Bureau of Investigation (FBI), Robert Johnson dan Presiden, International Association of Chiefs of Police (IACP), Louis Dekmar.

 

Rakan-rakan Dialog terdiri daripada Komanwel Australia; Republik Rakyat China; Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (INTERPOL); Jepun; Republik Korea; New Zealand; Persekutuan Rusia; dan Republik Turki. Para pemerhati pula terdiri daripada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC); Europol; Polis Nasional Timor Leste; Agensi Jenayah Kebangsaan United Kingdom; Ibu Pejabat Polis Fiji; Persekutuan Biro Siasatan (FBI); dan Ketua-Ketua Polis Pertubuhan Antarabangsa (IACP).

 

Sebelum berangkat ke Dewan Persidangan Utama, Kebawah DYMM berkenan menerima pesambah dari Pasukan Polis Diraja Brunei.

 

Di Dewan Persidangan Utama, baginda berkenan menyertai Ketua-Ketua Delegasi bertafakur memperingati pegawai-pegawai polis Komuniti ASEANAPOL yang telah terkorban semasa menjalankan tugas.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Penolong Penguasa Polis, Muhammad Aimi Safwan bin Zalidin.

 

Majlis diteruskan dengan sembah alu-aluan daripada Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam yang antara lain menyentuh mengenai keperluan ahli-ahli ASEAN untuk terus bersiap siaga disebalik keamanan dan kemakmuran yang dikecapi oleh rantau berkenaan, tetapi perlu terus berusaha menjadikan ASEAN sebagai kediaman yang selamat bagi penduduknya.

 

Semasa pembukaan rasmi ASEANAPOL Ke-38, baginda kemudian berkenan mengurniakan titah.

 

Sejurus selepas itu, baginda seterusnya berkenan menyempurnakan Perasmian Persidangan ASEANAPOL Ke-38.

 

Baginda kemudian berkenan menyertai Ketua-Ketua Delegasi negara-negara ASEANAPOL, Rakan Dialog dan para Pemerhati ke Majlis Santap Tengah Hari dan kemudian menyertai sesi bergambar ramai.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41