FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Aksi 2018 Program Usahasama RTB / Mediacorp


 


 September 6th, 2018  |  09:48 AM  |   244 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rancangan AKSI merupakan sebuah rancangan baru yang menggantikan rancangan belia yang dahulu iaitu rancangan GRID dan Rancangan Expedisi Siswa.

 

Rancangan AKSI adalah rancangan yang menggabungkan para belia di antara umur 17 - 24 Tahun dari kedua-dua buah negara bagi menghasilkan video pendek yang kreatif.

 

Dalam rancangan ini para belia bekerjasama dalam tiga kumpulan untuk menghasilkan video bertemakan perhubungan. Setiap video yang dihasilkan oleh ketiga kumpulan mempunyai genre yang berbeza, iaitu Percintaan, Komedi dan Suspen.

 

Penggambaran yang dilakukan di Negara Brunei Darussalam pada 19 Julai hingga 22 Julai adalah untuk mengenal pasti pemilihan setiap peserta yang dibahagikan kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada seorang Penerbit, Pengarah filem dan juga Penulis Skrip.

 

Di Negara Brunei Darussalam, mereka juga diberikan 'masterclass' daripada tiga penerbit dan pengarah filem terkenal dari Negara Brunei Darussalam dan Singapura, iaitu Harlif Mohammad dari Regal Blue Productions, M. Raihan Halim penerbit dan juga Remi M Sali seorang penerbit dan pengarah filem terkenal di Singapura.

 

Setiap kumpulan mempunyai mentor yangmemberikan tunjuk ajar tentang asas penerbitan video pendek yang menarik dan berkesan bagi penonton.

 

Kumpulan Merah terdiri daripada Haji Md. Afiq Haji Ghani (Brunei) sebagai Penerbit, Wan Murni Wan Iskandar (Singapura) sebagai Pengarah dan Md. Zulkifli Md Salleh (Singapura) sebagai Penulis Skrip dengan mentor mereka Remi M Sali. Kumpulan mereka akan membuat penggambaran di sekitar Kampung Glam, Singapura.

 

Kumpulan Hijau pula terdiri daripada Md. Nizam Kamarulzaman (Singapura) sebagai Penerbit, Hashfi Farizi (Brunei) sebagai Pengarah dan Nurhikmah Rahmat (Singapura) sebagai Penulis Skrip bersama mentor Awang Harlif Mohammad. Kumpulan mereka akan membuat penggambaran di sekitar Punggol Waterways.

 

Kumpulan Biru pula terdiri daripada Md. Khairulameer Ramlan (Singapura) sebagai Penerbit, Awangku Md. Nur Arif Malek Ridhwan Pg. Samsul Rezal Malek Faesal (Brunei) sebagai Pengarah dan Dayang Hajah Amal Nabilah Haji Jumat (Brunei) sebagai Penulis Skrip. Kumpulan mereka ini akan menerbitkan video pendek genre Komedi dan disepanjang cabaran dan penggambaran akan dimentor Oleh Raihan dari Singapura. Kumpulan mereka akan membuat penggambaran disekitar Gardens By The Bay, Singapura.

 

Tempoh penggambaran di Singapura bermula pada Ahad (2 September sehingga 7 September 2018) dan pada 7 September 2018, hasil video pendek ketiga-tiga kumpulan akan ditonton dan dinilai oleh tiga juri profesional di Panggung Golden Village Vivo City.Tiga juri tersebut ialah Awang Sanif Olek merupakan seorang Pengarah Filem dan penerbit, Eric Ong seorang Pengarah filem dan penerbit terkenal dengan filem Adiwiraku dan Adam Groves seorang penerbit dan pengarah filem Primajaya dari Brunei.

 

Penerbit Eksekutif Al- Fayyadh Metusin, Penerbit Fadillah Haji Amzah dan Penolong Penerbit, Muhd. Shahminan Mohd. Yunos dari Radio Televisyen Brunei beserta peserta AKSI dari Brunei seramai empat orang dan mentor bertolak ke Singapura pada 2 September lepas bagi penggambara rancangan AKSI 2018.

 

Tayangan rancangan AKSI 2018 akan ditayangkan di RTB sekitar bulan Oktober 2018.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41