Home > Bahasa Melayu
Industri Pertanian, Agrimakanan Menyumbang Pertumbuhan KDNK
September 6th, 2018 | 09:51 AM | 217 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Unit Pengupayaan Muallaf, Bahagian Pembangunan Muallaf mengadakan Program Motivasi Keusahawanan berlangsung di Bangunan Darul Huda, PDI, Berakas, di sini.
Program selama tiga hari itu bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan pengetahuan para peserta ke arah meningkatkan tahap kecekapan, dalam penyampaian perkhidmatan serta memahami strategi perniagaan yang betul.
Peserta terdiri dari mualaf yang menerima bantuan daripada PDI, penerima-penerima bantuan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan rakan seliaan, Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Program yang dikendalikan oleh para pegawai dari Jabatan Kerajaan dan Darussalam Enterprise (DARe) itu diisikan dengan taklimat 'Peluang-peluang Perniagaan dalam Sektor Pertanian dan Agrimakanan di Negara Brunei Darussalam' yang disampaikan oleh Ketua Unit Industri Sayur-sayuran, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Awang Mat Rusli bin Haji Abu Bakar.
Dalam taklimatnya beliau menjelaskan industri pertanian dan agrimakanan adalah salah satu sektor utama yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), eksport dan kepelbagaian ekonomi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]