FacebookInstagramTwitterContact

 

Bilateral Meeting with the President           >>           Tete-a-Tete Meeting with the President           >>           State Welcoming Ceremony           >>           His Majesty Arrival           >>           Zhengzhou: Interactive Exhibitions On The International Museum Day           >>           Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>           'Musyawarah Mastera 2024'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


AIPA Berperanan Dalam Menyokong, Mendukung ASEAN


YANG Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib bergambar ramai pada Majlis Pembukaan Rasmi Perhimpunan Agung AIPA Ke-39 bertempat di Raffles City C

 


 September 6th, 2018  |  10:53 AM  |   309 views

SINGAPURA

 

Perhimpunan Agung ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) Ke-39 telah dibuka rasmi pada Selasa, 4 September 2018 oleh Timbalan Perdana Menteri Singapura, Yang Berhormat Teo Chee Han yang berlangsung di Raffles City Centre Convention, Singapura.

 

Tema perhimpunan Agung AIPA pada tahun ini adalah "Towards a Resilient and Innovative Community" di mana AIPA sentiasa memberikan dukungan berterusan dan sokongan sepenuhnya terhadap agenda-agenda ASEAN.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan sebuah perutusan, iaitu secara ringkasnya bahawa salah satu peranan utama AIPA berfungsi bagi mewakili suara rakyat dalam komuniti ASEAN dan memainkan peranan penting dalam menghubung rakyat dengan kerajaan masing-masing.

 

Dengan wujudnya keahlian Negara Brunei Darussalam di organisasi AIPA, membolehkan Negara Brunei Darussalam turut sama melaksanakan dasar persahabatan bersama negara-negara lain.

 

Dengan adanya platform ini, Brunei Darussalam melalui amalan multilateralisme, akan dapat terus memupuk penyertaannya dalam organisasi serantau dan antarabangsa dan seterusnya menengahkan pembangunan kapasiti manusia dibidang usahawan terutama sekali dalam kalangan generasi belia supaya lebih inovatif dan berdaya tahan termasuklah dalam mengembangkan perusahan kapisiti micro, kecil dan sederhana (MSME).

 

Sementara itu, dalam ucapan Yang Berhormat, di dalam era ASEAN mengalami keadaan semasa yang kurang stabil dan tidak dapat diramal, ASEAN beruntung kerana AIPA memainkan peranan dalam menyokong dan mendukung ASEAN, ini termasuklah usaha Perhimpunan Agung AIPA Ke-39 yang memberi tumpuan kepada membina Masyarakat ASEAN yang berdaya tahan dan Inovatif.

 

Tambahan Yang Berhormat, beliau percaya bahawa AIPA dapat sama-sama memfokus dalam mencapai 4C, iaitu Cohesive, Connected, Creative and Climate-Resilient ASEAN. Sumbangan AIPA kepada masa depan ASEAN tidak dapat dipandang rendah. Sebagai ahli parlimen, sokongan AIPA dalam projek ASEAN adalah penting di dalam merempuh situasi yang kurang stabil pada masa ini. Peranan ahli parliamen adalah sebagai wakil rakyat, penggubal undang-undang dan juga membantu menyebarkan maklumat kepada rakyat mengenai cabaran dunia serta merespon kepada rakyat secara kolektif. Dengan adanya usaha kolektif, ASEAN akan dapat mencapai keamanan dan kemakmuran.

 

Pada Majlis Pembukaan Rasmi Perhimpunan Agung tersebut, Negara Brunei Darussalam telah diketuai oleh Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, selaku Ketua Rombongan berserta dengan lapan orang Ahli MMN.

 

Hadir bersama iala Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar serta beberapa orang pegawai dari Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

 

Sebelum Majlis Pembukaan Rasmi diadakan, Speaker-speaker negara Ahli AIPA telah menghadiri Mesyuarat Komiti Eksekutif. Pada mesyuarat ini, agenda-agenda di peringkat komiti, resolusi-resolusi dan perkara-perkara berbangkit dibincangkan.

 

Pada Majlis Pembukaan Rasmi Perhimpunan Agung AIPA, Presiden AIPA dan Speaker Parliament Singapura, Yang Berhormat Tan Chuan-Jin turut sama memberikan ucapan alu-aluan dan mengucapkan selamat datang kepada para delegasi.

 

Yang Berhormat menyatakan bahawa AIPA telah pun melalui evolusi semenjak ia ditubuhkan memandangkan terdapatnya keperluan untuk menjadi lebih efektif dan dalam mencapai integrasi yang lebih rapat lagi di antara sesama negara ahli AIPA.

 

Penubuhan mesyuarat di bawah AIPA seperti Mesyuarat AIPA Caucus juga dapat membantu mengembangkan inisiatif untuk mengharmonisasikan undang-undang yang sama di antara negara ahli ASEAN untuk menjadikan AIPA lebih berkesan sebagai sebuah institusi.

 

Singapura berasa berbesar hati kerana dapat memainkan peranan di dalam evolusi AIPA. Walau bagaimanapun, AIPA telah, dan akan terus menjadi platfom penting untuk menggalakkan kerjasama dan pemahaman serantau dalam kalangan anggota parlimen di rantau ini.

 

Dalam mesyuarat Perhimpunan Agung pada kali ini, AIPA berpeluang untuk membangun semula harapan mantan AIPA yang terdahulu di dalam menyumbang secara positif kepada persefahaman bersama serta membina kepercayaan dan keyakinan antara negara ahli.

 

Pada Sidang Sesi Plenari Pertama yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Presiden AIPA, Speaker-speaker negara Ahli AIPA telah dijemput untuk memberikan ucapan.

 

Yang Berhormat Yang Di-Pertua MMN Brunei Darussalam telah berucap, Mesyuarat Perhimpunan Agung melalui mesyuarat komiti WAIPA, Politik, Ekonomi dan Sosial pada tahun ini akan membincangkan berbagai isu termasuklah isu-isu dalam mempromosikan pembangunan ekonomi, meningkatkan kebajikan dan cabaran keselamatan rakyat dan kemajuan teknologi. Walau bagaimanapun, di dalam membincangkan isu-isu semasa dan dalam membuat sebarang keputusan semasa mesyuarat Perhimpunan Agung AIPA, AIPA haruslah mematuhi kehormatan bersama dalam lingkungan AIPA dan mematuhi status AIPA dan ASEAN 'pillars'.

 

Negara Brunei Darussalam akan terus memberikan sokongan kepada aspirasi AIPA untuk mencapai keamanan dan keamanan rakyat di rantau ini, dan sama-sama berkongsi dan bertukar pandangan dengan negara ahli AIPA yang lain bagi mendapatkan amalan terbaik.

 

Pada Perhimpunan ini juga, Dato Lim Jock Hoi, selaku Setiausaha ASEAN telah memberikan ucapan tentang dasar-dasar ASEAN serta antisipasi cabaran-cabaran mendatang justeru dengan adanya hubungan dengan penggubal undang-undang daripada AIPA akan mendekatkan hubungan jaringan bersama rakyat dan orang ramai.

 

Perhimpunan Agung yang bersidang selama lima hari akan membincangkan isu-isu serantau, iaitu di peringkat Komiti Eksekutif, WAIPA, Politik, Ekonomi, Sosial, Organisasi dan Joint Communique.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Stop Threatening Taiwan', Its New President William Lai Tells China

 2024-05-21 00:38:29

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04