FacebookInstagramTwitterContact

 

Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>           'Musyawarah Mastera 2024'           >>           4WD Ambulance Handover Ceremony           >>           Seminar on Reginal Climate Action Collaboration           >>           Haj and Umrah Review Session           >>           Official Visit to the Consulate General of Brunei Darussalam           >>           Advance Check-In for Intending Haj Pilgrims           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dytm, Ytm Berangkat Ke Santap Malam Gala Aseanapol


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan

 


 September 6th, 2018  |  11:06 AM  |   330 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Inspektor Jeneral Polis dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam Gala sempena Persidangan Ketua-ketua Polis ASEAN (ASEANAPOL) Ke-38 yang dihoskan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

 

Majlis Santap Malam Gala tersebut berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dijunjung oleh Pesuruhjaya PPDB, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al Islam dan Datin dan Timbalan Pesuruhjaya PPDB, Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

 

Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia seterusnya dijunjung untuk bergambar ramai bersama Ketua-ketua Polis Negara ASEANAPOL, Ketua-ketua Delegasi dari Negara Anggota ASEAN, Rakan-rakan Dialog dan para Pemerhati serta isteri masing-masing.

 

Sebelum berangkat ke Dewan Persidangan Utama, DYTM berkenan menerima pesambah daripada Pesuruhjaya PPDB.

 

DYTM dan YTM kemudiannya dijunjung ke Dewan Plenari bagi Majlis Santap Malam Gala.

 

Sebelum berangkat meninggalkan Majlis, DYTM dan YTM berkenan menerima junjung ziarah daripada Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Penganjur Persidangan ASEANAPOL Ke-38 Tahun 2018.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Stop Threatening Taiwan', Its New President William Lai Tells China

 2024-05-21 00:38:29

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04