FacebookInstagramTwitterContact

 

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight           >>           Bilateral Meeting with the President           >>           Tete-a-Tete Meeting with the President           >>           State Welcoming Ceremony           >>           His Majesty Arrival           >>           Zhengzhou: Interactive Exhibitions On The International Museum Day           >>           Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PMB Tingkat Pengetahuan, Usaha Kerajaan


PROGRAM Masyarakat Bermaklumat (PMB) bagi Kampung Sungai Liang yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan melalui Cawangan Penerangan Daerah Belait mengadakan lawatan ke Katimahar Agripark.

 


 September 7th, 2018  |  11:23 AM  |   242 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) bagi Kampung Sungai Liang yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan melalui Cawangan Penerangan Daerah Belait diteruskan lagi dengan lawatan ke beberapa buah tempat, iaitu Knowledge Hubb (KHub), iCentre di Kampung Anggerek Desa dan Katimahar Agripark.

 

Rombongan yang terdiri daripada 31 peserta lelaki dan 15 peserta perempuan ini merupakan para penduduk kampung yang sudah bersara daripada perkhidmatan, pengusaha-pengusaha kecil, petani dan belia yang sedang mencari peluang pekerjaan. Turut serta dalam program ini ialah Pemangku Ketua Kampung Sungai Liang, Awang Haji Mohd. Ibrahim bin Datu Maharaja Setia Dian, selaku Ketua Peserta.

 

Antara taklimat yang diserapkan pada hari kedua program ialah dari DARe yang disampaikan oleh Penasihat Perniagaan dan Perkhidmatan, Dayang Nazurah Razak. Beliau mengongsikan mengenai fungsi dan peranan DARe dalam pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana. Turut dikongsikan ialah objektif DARe untuk membangun perusahaan menjadi penggerak perkembangan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.

 

Selain itu, taklimat berkenaan turut membarigakan kepada peserta mengenai fungsi DARe dan apa jenis bantuan yang disediakan oleh DARe dan berkongsi sama peluang berniaga dalam kalangan seluruh lapisan masyarakat.

 

Taklimat seterusnya disampaikan oleh Pegawai Kaunseling, Dayang Qairawani binti Haji Yacob dari Job Centre yang yang menyentuh mengenai fungsi pusat berkenaan dalam peluang-peluang pekerjaan dan tatacara untuk menggunakan sistem pengambilan pekerja.

 

Dalam program lawatan di Khub, para peserta juga berpeluang untuk melihat produk-produk tempatan yang mendapat peluang untuk dipasarkan ke luar negara. Para peserta juga mengongsikan produk-produk buatan Kampung Sungai Liang untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi panambahbaikan. Antara produk-produk yang dikongsikan ialah kraf tangan dan cenderamata, kuih tradisional seperti sapit dan keropok pisang, manisan Aloe Vera dan Lua buah durian. Dalam perkongsian tersebut, pihak DARe menyatakan hasrat untuk membantu mempromosi serta memasarkan produk-produk berkenaan.

 

Seterusnya para peserta dibawa melawat ke iCentre dan berkesempatan mengunjungi salah sebuah perusahaan tempatan, iaitu 'Cubejunction.com'. Sewaktu lawatan, para peserta diberikan penerangan mengenai peranan perusahaan berkenaan dalam membantu pembangunan jenama produk (building brand), pembungkusan (packaging) mengikut kesesuaian jenis produk dan pemasaran.

 

Pada sebelah petang, para peserta berpeluang mengunjungi Katimahar Agripark, terletak di Kampung Katimahar yang diusahakan oleh seorang usahawan tempatan, iaitu Awang Haji Zainal bin Haji Safar.

 

Di Katimahar Agripark, para peserta mendengarkan perkongsian perjalanan menjadi seorang usahawan, bermula secara kecil-kecilan hingga dapat membangunkan beberapa jenis perusahaan seperti katering dan restoran, pertanian, 'homestay' dan pengembaraan All-Terrain Vehicle (ATV) di sekitar agripark berkenaan.

 

Beliau juga mengongsikan sedikit pengetahuan mengenai jenis herba dan tumbuhan yang terdapat di sekitar agripark.

 

PMB ini adalah salah satu program di bawah strategi kerja Komunikasi Bersemuka Jabatan Penerangan, antara lain bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan membarigakan perkembangan serta usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat seperti melalui taklimat-taklimat dan lawatan-lawatan dengan harapan untuk mengukuhkan jati diri dan menyuntik semangat dalam terus memberikan kerjasama dalam mendukung aspirasi negara.

 

Jabatan Penerangan berharap program ini dapat memberi manfaat, pengalaman dan inspirasi kepada para peserta melalui taklimat-taklimat dan lawatan-lawatan yang diaturkan sepanjang dua hari ia diadakan.

PMB ini diadakan di setiap daerah di negara ini secara berperingkat-peringkat yang memberi tumpuan pada mukim-mukim dan kampung-kampung. Program yang menjurus pada mendekati orang ramai secara bersua muka ini masih releven dalam zaman yang canggih sekarang kerana ia lebih bersifat 'personal' dan interaksi yang lebih berkesan serta dapat memberikan jalinan muhibah yang baik di antara warga perkhidmatan awam dan swasta bersama masyarakat.

 

Selain itu, ia dihasratkan dapat menjadi salah satu medium dalam menyahut seruan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Sambutan Hari Keputeraan Baginda Ke-72, yang mana baginda menitahkan bahawa salah satu langkah ke arah pertumbuhan ekonomi ialah dengan meneroka sektor pertanian dan sektor tersebut sangat penting untuk kehidupan kerana ia memainkan peranan utama dalam pembinaan tamadun.

 

Selain strategi kerja Komunikasi Bersemuka, Jabatan Penerangan juga mendekati masyarakat dengan dua strategi lain, iaitu bahan terbitan dan perhubungan media. Antaranya dengan memperkenal 'mobile apps InfoDeptBN' yang dapat dimuat turun melalui aplikasi Google Playstore bagi para pengguna Android dan App Store bagi para pengguna iOS. Dalam pembarigaan maklumat semasa dan terkini, jabatan juga memaparkan poster-poster dan video bagi acara-acara kendalian jabatan-jabatan dan kementerian- kementerian melalui Skrin Bermaklumat yang ditempatkan di beberapa lokasi tumpuan orang ramai seperti di ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan Kompleks Giant Tasik Rimba.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04