FacebookInstagramTwitterContact

 

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight           >>           Bilateral Meeting with the President           >>           Tete-a-Tete Meeting with the President           >>           State Welcoming Ceremony           >>           His Majesty Arrival           >>           Zhengzhou: Interactive Exhibitions On The International Museum Day           >>           Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jerayawara Tourist Accomodation Standard - Homestay


TAKLIMAT jerayawara disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dan pegawai dari Pusat Standard Kebangsaan, Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian.

 


 September 7th, 2018  |  11:30 AM  |   263 views

KUALA BELAIT

 

Ke arah memberikan kesedaran kepada semua pengusaha inap desa mengenai Tourist Accomodation Standard - Homestay PBD31:2016 untuk menggunakan standard tersebut sebagai panduan dalam mengendalikan inap desa masing-masing kini ia sudahpun diguna pakai dalam proses Pendaftaran Premis Pelancongan di Jabatan Kemajuan Pelancongan bagi semua pemilik premis penginapan, di mana ia adalah selaras seperti peraturan yang terkandung dalam Perintah Pelancongan 2016 bagi pengusaha-pengusaha inap desa di Negara Brunei Darussalam.

 

Sehubungan itu, bagi meningkatkan lagi Standard perkhidmatan inap desa di negara ini, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan mengadakan Jerayawara Tourist Accomodation Standard - Homestay PBD31:2016 khusus bagi pengusaha-pengusaha inap desa di Daerah Belait, bertempat di Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan.

 

Taklimat jerayawara disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dan pegawai dari Pusat Standard Kebangsaan, Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian.

 

Hadir semasa sesi jerayawara tersebut adalah terdiri daripada Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung serta wakil dari Majlis-majlis Perundingan Kampung dari Daerah Belait.

 

Selain itu, standard ini dikeluarkan bertujuan untuk memastikan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh pengusaha-pengusaha inap desa seperti tempat tidur, tandas, pemakanan dan aktiviti adalah berkualiti dan mengikut standard yang ditetapkan. Adapun tujuan jerayawara ini diadakan adalah untuk mengenalkan kepada orang ramai mengenai Tourist Accomodation Standard - Homestay PBD31:2016, yang mana dikeluarkan oleh Komiti Teknikal Standard Penginapan Pelancongan (Technical Committee on Tourism Accomodation Standard) melalui Komiti Standard Pelancongan bermula pada 24 Januari 2018. Standard ini mengandungi kriteria-kriteria tertentu bagi memastikan kualiti layanan dan kemudahan yang ditawarkan adalah mengikut piawaian yang ditetapkan.

 

Adapun Tourist Accomodation Standard - Homestay PBD31:2016 ini dirangka mengikut kriteria-kriteria yang terdapat pada ASEAN Homestay Standard dengan beberapa perubahan yang disesuaikan dengan keadaan inap desa atau 'homestay' di Negara Brunei Darussalam.

 

Semasa sesi jerayawara berkenaan, Jabatan Kemajuan Pelancongan juga turut menyarankan kepada mana-mana premis penginapan yang belum lagi berdaftar, termasuk inap desa supaya akan dapat membuat permohonan pendaftaran di Jabatan Kemajuan Pelancongan, Bangunan KSSUP pada waktu-waktu yang ditetapkan, iaitu pada hari-hari waktu bekerja bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

 

Jerayawara di keempat-empat daerah adalah inisiatif bersama pihak Pusat Standard Kebangsaan, Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian dan Pejabat-pejabat Daerah, Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri.

 

Terdahulu sebelum ini, jerayawara yang sama diadakan di Daerah Temburong pada Isnin, 6 Ogos di Dewan Mufakat, Bangunan Jabatan Kerajaan, Pekan Bangar.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04