FacebookInstagramTwitterContact

 

Zhengzhou: Interactive Exhibitions On The International Museum Day           >>           Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>           'Musyawarah Mastera 2024'           >>           4WD Ambulance Handover Ceremony           >>           Seminar on Reginal Climate Action Collaboration           >>           Haj and Umrah Review Session           >>           Official Visit to the Consulate General of Brunei Darussalam           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mantapkan Penguasaan, Kemahiran Pelajar Guna BM Baku


TIMBALAN Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah menyampaikan hadiah kepada Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar (SM PJNPHAB) muncul johan di Peringkat Akhir 'Tuturan Pelajar' Pertandingan F

 


 September 7th, 2018  |  11:54 AM  |   566 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar (SM PJNPHAB) muncul johan di Peringkat Akhir 'Tuturan Pelajar' Pertandingan Forum Bahasa Melayu (BM) Kali Ke-3 Tahun 2018 yang diadakan di Dewan Raya Radio Televisyen Brunei (RTB), di sini.

 

Johan membawa pulang piala iringan, piala individu, hadiah wang tunai BND300 dan sijil penyertaan.

 

Naib johan pula dimenangi oleh Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna (SM PAPHM) dan membawa pulang piala iringan, piala individu, hadiah wang tunai BND250 dan sijil penyertaan.

 

Sementara tempat ketiga diberikan kepada Sekolah Menengah (SM) Sayyidina Hussain dan membawa pulang piala iringan, piala individu, hadiah wang tunai BND200 dan sijil penyertaan.

 

Tempat keempat diraih oleh Sekolah Saint Andrews' dan tempat kelima pula diberikan kepada Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien yang masing-masing membawa pulang piala iringan, piala individu, hadiah wang tunai BND100 serta sijil penyertaan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah.

 

Pertandingan merupakan anjuran bersama Biro Mencegah Rasuah dan Unit Akli, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama RTB.

 

Seramai 27 pelajar (satu pasukan tiga peserta) daripada sembilan buah SM, Maktab dan Pusat Tingkatan Enam menyertai peringkat saringan yang diadakan pada 27 hingga 29 Ogos lalu.

 

Manakala di peringkat separuh akhir, seramai sembilan pelajar daripada tiga buah SM, Maktab dan Pusat Tingkatan Enam terpilih ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 1 September lalu.

 

Pada hari ini, peringkat akhir menyaksikan pertandingan di antara dua buah sekolah, iaitu SM PJNPHAB dan SM PAPHM.

 

Tuturan pelajar merupakan pertandingan berbentuk forum dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penyampai dikhususkan untuk pelajar-pelajar SM, Pusat Tingkatan Enam dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei.

 

Matlamat pertandingan adalah sebagai prasarana dalam membentuk generasi berwawasan yang pandai berhujah lagi berilmu dan berpengetahuan, selain sebagai penjana untuk menyedia dan melatih wakil negara dalam berhujah.

 

Antara tujuan pertandingan adalah bagi memantapkan penguasaan dan kemahiran pelajar-pelajar dalam penggunaan BM Baku, sekali gus melahirkan pelajar-pelajar yang cerdas mental dan berupaya untuk berfikir secara aktif, kreatif dan kritis mengenai sesuatu isu yang dikemukakan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Stop Threatening Taiwan', Its New President William Lai Tells China

 2024-05-21 00:38:29

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04