FacebookInstagramTwitterContact

 

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight           >>           Bilateral Meeting with the President           >>           Tete-a-Tete Meeting with the President           >>           State Welcoming Ceremony           >>           His Majesty Arrival           >>           Zhengzhou: Interactive Exhibitions On The International Museum Day           >>           Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pasukan DBM Dominasi Empat Acara Kejohanan Golf


SETIAUSAHA Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Mohd. Amir Hairil bin Haji Mahmud bergambar ramai bersama para pemenang Acara Berkumpulan Nett, pasukan DBM berjaya memperoleh pingat emas dengan 618 mata keseluruhan, diikuti pingat perak yan

 


 September 7th, 2018  |  12:02 PM  |   500 views

MENTIRI

 

Pasukan Daerah Brunei Muara (DBM) berjaya mendominasi empat acara yang dipertandingkan pada Kejohanan Golf Sukan Kebangsaaan Brunei Darussalam (SKBD) Kali Ke-4, 2018 yang berlangsung di Kelab Golf Pantai Mentiri.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan pingat-pingat kepada para pemenang ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Mohd. Amir Hairil bin Haji Mahmud.

 

Pingat emas bagi Acara Perseorangan Nett dijuarai oleh Pengiran Yura Wira Quhafah bin Pengiran Haji Tajuddin dari Pasukan DBM dengan 199 mata, diikuti pingat perak dengan 206 mata yang disandang oleh Awang Haji Md. Jalaludin bin Haji Ghazali juga dari pasukan DBM, dan pingat gangsa diraih oleh Kapten (Udara) Firdaus bin Haji Md. Yusof dari pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) dengan 206 mata.

 

Sementara itu, bagi Acara Perseorangan Gross, pingat emas dimenangi oleh Awang Shahmina bin Haji Damit dari pasukan DBM dengan 223 mata, disusuli dengan Seruji Haji Setia juga dari pasukan DBM yang memperoleh pingat perak dengan 224 mata, dan Awang Diny Haji Karim dari pasukan Penerbangan Diraja Brunei (RB) meraih pingat gangsa dengan 227 mata.

 

Manakala, dalam Acara Berkumpulan Nett, pasukan DBM berjaya memperoleh pingat emas dengan 618 mata keseluruhan, diikuti pingat perak yang diraih oleh pasukan MS ABDB dengan 629 mata keseluruhan dan pasukan Daerah Belait meraih pingat gangsa dengan 675 mata keseluruhan.

 

Dalam Acara Berkumpulan Gross pula, pingat emas sekali lagi dirangkul oleh Pasukan Brunei Muara dengan 680 mata keseluruhan, disusuli dengan pasukan MS ABDB yang mendapat pingat perak dengan 684 mata keseluruhan, dan pingat gangsa diraih oleh pasukan Daerah Tutong dengan 697 mata keseluruhan.

 

Kejohanan Sukan Golf, SKBD Kali Ke-4, 2018, berjalan selama tiga hari bermula pada 4 September lalu, yang mana sebanyak lapan buah pasukan bertanding bagi sukan tersebut, iaitu pasukan DBM, pasukan Daerah Tutong, pasukan Daerah Belait, pasukan Daerah Temburong, pasukan Institusi Pengajian Tinggi, pasukan MS ABDB, pasukan Gabungan Syarikat Telekomunikasi dan pasukan RB.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04