FacebookInstagramTwitterContact

 

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight           >>           Bilateral Meeting with the President           >>           Tete-a-Tete Meeting with the President           >>           State Welcoming Ceremony           >>           His Majesty Arrival           >>           Zhengzhou: Interactive Exhibitions On The International Museum Day           >>           Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sambutan Awal Tahun 1440 Hijrah 10 September Ini


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman semasa hadir di raptai Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah pagi tadi

 


 September 7th, 2018  |  12:14 PM  |   1340 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Majlis Sambutan Awal Tahun 1440 Hijrah Peringkat Negara akan diadakan pada hari Isnin (malam Selasa), 01 Muharram 1440 Hijrah bersamaan 10 September 2018 Masihi dengan penumpuan sambutan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong dan masjid-masjid utama.

 

Sehubungan itu, bagi memastikan kelancaran sambutan, pagi tadi telah berlangsung raptai penuh bertempat di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

 

Hadir bagi menyaksikan raptai tersebut, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1440 Hijrah.

 

Turut sama hadir Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang lain.

 

Antara pengisian sambutan tersebut nanti ialah membaca Doa Akhir Tahun 1439 Hijrah  sebelum masuk waktu Maghrib dan diikuti dengan membaca Doa Awal Tahun 1440 Hijrah selepas masuk waktu Maghrib.

 

Oleh itu, orang ramai adalah dialu-alukan hadir beramai-ramai ke Majlis Sambutan Awal Tahun 1440 Hijrah Peringkat Negara itu nanti pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan. Semoga mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Sementara itu, di daerah-daerah lain majlis akan diadakan di  Masjid Pekan Seria, Kuala Belait; Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong; dan Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar Temburong.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04