FacebookInstagramTwitterContact

 

Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>           'Musyawarah Mastera 2024'           >>           4WD Ambulance Handover Ceremony           >>           Seminar on Reginal Climate Action Collaboration           >>           Haj and Umrah Review Session           >>           Official Visit to the Consulate General of Brunei Darussalam           >>           Advance Check-In for Intending Haj Pilgrims           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB Lahirkan Pemimpin Cemerlang


.

 


 September 7th, 2018  |  12:23 PM  |   332 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bagi menyempurnakan Penganugerahan Biasiswa 'Sultan's Scholar' Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), di sini.

 

Majlis Penganugerahan Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB bagi Sesi Pengajian 2018 / 2019 diadakan di Istana Nurul Iman.

 

Berangkat sama paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik, Pengerusi Jemaah Tadbir YSHHB dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Pada tahun ini, seorang penuntut berjaya menerima Anugerah Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB bagi Sesi Pengajian 2018 / 2019, manakala dua penuntut menerima Anugerah Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB bagi meninggikan tahap pengajian.

 

Mereka ialah Awang Abdul Qayyum bin Haji Isa; Awang Muhammad Nasruddin bin Haji Sulaiman dan Dayang Hajah Hafizah binti Dato Paduka Haji Mohd Nor. Mereka akan meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing di universiti-universiti yang terkemuka di Mesir dan United Kingdom.

 

Awang Abdul Qayyum merupakan lepasan penuntut Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah dan melalui Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB, beliau akan meneruskan pengajian dalam jurusan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir.

 

Sementara, Awang Muhammad Nasruddin menerima Anugerah Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB pada 25 Zulkaedah 1435H bersamaan 20 September 2014M dan lulus dengan memperoleh Kepujian Kelas Pertama First Class (Hons) MChem in Chemistry di University of Oxford, United Kingdom.

 

Pada tahun ini, Awang Muhammad Nasruddin menerima biasiswa bagi meninggikan tahap pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang 'Chemistry Research' di Imperial College London, United Kingdom.

 

Manakala, Dayang Hajah Hafizah menerima Anugerah Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB pada pada 8 Zulkaedah 1434H bersamaan 14 September 2013 dan lulus dengan memperoleh Kepujian Kelas Kedua Atas B.A (Hons) in Architecture di University of Cambridge, United Kingdom.

 

Pada tahun ini, Dayang Hajah Hafizah menerima biasiswa bagi meninggikan tahap pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Architecture - Royal Institute of British Architects (RIBA) di Architectural Association School of Architecture, United Kingdom.

 

Kebawah DYMM seterusnya berkenan menyempurnakan Penyampaian Anugerah Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB bagi Sesi Pengajian 2018 / 2019 kepada tiga orang penerima berkenaan.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Kebawah DYMM kemudian berkenan beramah mesra bersama para penerima Anugerah Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB, para ibu-bapa mereka dan para jemputan.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM berkenan bergambar ramai bersama penerima-penerima Anugerah Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB.

 

Hadir dan menjunjung keberangkatan Kebawah DYMM pada majlis tersebut, Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB.

 

Juga hadir sama ialah Ahli-ahli Jemaah Tadbir YSHHB, Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah YSHHB, Setiausaha-setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Ahli-ahli Jawatankuasa Pandu Skim Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Skim Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB, pegawai-pegawai kanan jabatan kerajaan yang berkenaan dan pegawai-pegawai YSHHB, pengetua-pengetua dan sebahagian penuntut dari institusi-institusi tingkatan enam di seluruh negara.

 

Kerajaan Kebawah DYMM mengenalkan pelbagai program bagi pembangunan kapasiti tenaga manusia untuk merealisasikan Wawasan Negara 2035 ke arah rakyat berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya bagi mencapai taraf kehidupan yang berkualiti tinggi.

 

Dengan kepimpinan bijaksana Kebawah DYMM melalui Yayasan baginda juga turut mengendalikan beberapa program pembangunan kapasiti tenaga manusia bagi melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan yang seterusnya akan berperanan terhadap kemajuan dan pembangunan negara seperti Skim Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB.

 

Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB adalah biasiswa yang berprestij dan dianugerahkan kepada penuntut-penuntut yang dikenal pasti oleh YSHHB, Kementerian Pendidikan dan KHEU sebagai penuntut yang cemerlang dalam bidang akademik dan kegiatan luar sekolah bagi melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Sarjana Muda hingga ke peringkat yang lebih tinggi dalam pelbagai bidang di institusi-institusi pengajian tinggi berprestij di luar negara yang dibenarkan oleh YSHHB dan diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah DYMM.

 

Tujuan penyediaan Skim Biasiswa 'Sultan's Scholar' adalah untuk melahirkan pemimpin yang cemerlang, menyumbang pada pembangunan sosial dan ekonomi negara serta menjadi generasi penerus yang akan membarisi tampuk kepimpinan bagi kepentingan agama, raja dan negara.

 

Kebawah DYMM memperkenankan Penganugerahan Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB bermula pada tahun 2006, iaitu bagi Sesi Pengajian Tahun 2006 / 2007.

 

 Sehingga Tahun 2017, seramai 46 pelajar menerima anugerah berkenaan.

 

Bermula pada Tahun 2013, YSHHB memperluaskan Skim Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB untuk Skim Meninggikan Tahap Pengajian sehingga ke peringkat Doktor Falsafah.

 

Sehingga Tahun 2017, seramai empat orang menerima biasiswa bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah dan tiga orang lagi menerima biasiswa bagi Meninggikan Tahap Pengajian ke peringkat Sarjana.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Stop Threatening Taiwan', Its New President William Lai Tells China

 2024-05-21 00:38:29

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04